Thursday, September 12, 2013

mujahadah

bila namanya mujahadah

it will never be easy.

lagi lagi bila berkait dengan hati dan perasaan.

perit. payah. susah. sakit. jatuh. terduduk.

just name it.

tapi mohon terus kuat wahai diri.

mohon terus teguh wahai hati.

mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis kan. :')

yang penting, redha Dia. semat itu dalam hati.




aku ingat saat langkah sedikit tempang,
kau akan hulurkan tangan.
tapi kau hanya hulurkan bayang
yang aku tak tercapai pun.

Sunday, September 8, 2013

statik. sakit. bangun.

lama tidak menulis.
bukan kerana bersara.
cuma sedang menyusun aksara.

bila terkenangkan memori lama
siapa sangka aku mampu berada di sini
bersama mereka yang ku cintai atas nama Dia
siapa sangka Allah pilih aku, kau untuk merasa jerit perih jalan ini.



kadang aku terfikir
apa sudah jauh aku berjalan
tapi rasanya masih tidak.

ada masa aku masih merangkak.
ada masa lambat meniarap
di saat terasa berisi, mungkin baru boleh laju mengejar.

cuma itulah. aku.
manusia kan. mana pernah sempurna sepanjang masa.
ada masa kaki perlahan melangkah.
pernah satu masa itu aku rasa statik yang amat menyakitkan.
sungguh. pernah kau rasa statik ?
statik yang tak bergerak.
graf kau maintain ja. padahal bukan maintain pun. jatuh menjunam mungkin.
saat itu sakitnya hanya Allah yang tahu.
kau ingin bergerak tapi kau tak tahu nak mula di mana.
kau ingin berlari tapi kau tak tahu mana nak cari energy
kau ingin terbang tapi kau tak tahu sayap mana mahu dibeli.

last last kau senang sendiri.
tapi itulah gunanya support system yang mantap.
seorang seorang hadir.
kata yang A. tarbiyyah dzatiyyah kena kuat.
kata yang B. hubungan dengan murobbi kena super.
kata yang C. kau orang yang ditarbiyyah kan. takkan nak kena suap lagi. work for the spark. kau cari sampai jumpa. gali sampai habis. mana boleh manja lemah gemalai lagi. kata nak jadi dai'e.

sentap.

"katakanlah, "sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat." ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata." [az-Zumar:15]

sampai bila nak rugikan diri sendiri dengan jadi statik.





\