Sunday, July 22, 2012

ini cerita Nur

ini cerita Nur.

Nur baru balik dari sebuah kem. penat letih. esoknya puasa. malam tu Nur dan rakannya, Yaya nak balik kampung di pantai timur. Yaya cakap. dia dah suruh Rara belikan tiket. Rara cakap, abang kaunter tu kata, tak payah bayar lagi. malam nak naik tu baru pergi ambil tiket and bayar. kami betiga pelik. tapi takpela. dah abang tu cakap macam tu kan.

malam tu. Nur dan Yaya dah eksaited nak balik kampung halaman. nak sambut Ramadhan dengan parents. pukul 8.45, Nur dan Yaya naik teksi pergi stesen bus. bas kami sepatutnya pukul 10. sampai sana, mereka pergi kaunter tiket. nak claim tiket. tapi entah kenapa. mereka diuji, abang tu cakap. takde pun tiket yang direserve kan. seat pun dah full. ada 1 seat je yang kosong. Nur terkelu. dia tengok Yaya. Yaya sehabis mungkin suruh abang tu cari tiket untuk kami berdua. sebab bagi kami, abang yang dekat stesen bas hari tu la yang bersalah mungkin. kami nak beli tiket, tapi abang tu yang kata tak payah. Nur cuba buat muka slumber. Nur dah tak tahu nak buat apa actually. dia pun duduk dan telefon ibu. waktu cakap dengan ibu, tiba-tiba dia sedar. eh. ada air mata. laju la pulak. >.< ya. Nur sedih tapi Nur tahu ini ujian dari Allah. Nur tahu dia kena usaha. dia kena kuat. tapi entah kenapa. Nur rasa tak tahu nak buat apa. Nur dah macam tekad taknak balik kampung. biar Yaya je yang balik. tapi Yaya cakap. tunggu dulu, kita usaha dulu. abang tu tengah usaha jugak. Nur dah macam nak telefon kak Nini sebab nak mintak tumpang tidur. sebab housemates Nur semua balik kampung.

dalam menangis tu. tiba-tiba kawan Nur, Nana datang. Dia panggil Nur. Nur peluk Nana. Nur taktahu nak buat apa dah. Nana nak naik bas dah waktu tu. sebelum pergi naik bas. Nana cakap. "sabar ea. doa kat Allah. kite pun tolong doakan untuk awak". Nur cuba senyum. Nur buka my-Quran dekat phone. Nur cari ayat seribu dinar dalam surah at-Talaq. Nur baca diam-diam. Nur tahu Allah dengar semuanya. Nur tahu, Allah tahu isi hati Nur. ibu Nur asyik call. ibu risau. tapi Nur tak boleh angkat phone. sebab Nur tengah nangis. Nur tahu, kalau dia cakap dengan ibu, air mata lagi laju. Nur hantar mesej je kat ibu. cakap. "Yaya tengah tanya abang tu. ada seat lebih tak. kalau takde. Nur balik rumah senior."

Nur asyik ulang ayat seribu dinar. Nur doa dalam hati. Nur nak balik. Allah. tiba-tiba. Yaya datang. cakap "jom Nur, abang tu cakap, insyaAllah ada seat lebih." waktu tu dah lebih kurang 10.15 malam. Nur dan Yaya pegi dekat bas tu. Driver bas tengah cakap dengan abang tu. dia cakap. adik duk seat 6C & 11C. tapi nanti kalau dekat Kuala Kangsar ada orang naik and nak duduk tempat adik, adik kena duduk seat tepi driver la. Nur tengok Yaya. Yaya cakap. "takpe. ok".

Nur naik bas. Nur text ibu. "ibu, Nur dah naik bas". Nur lega. alhamdulillah. ada jugak bas nak balik. sampai Kuala Kangsar, ada orang naik. tapi Nur pelik. sorang je naik. and seat Nur dan Yaya still takde orang nak duduk pun. Nur kembali senyum. Nur tahu semua ni rencana Allah. perancangan Dia tak pernah silap. Nur rasa manis sangat sebab Nur tahu Allah sentiasa ada untuk bantu Nur. Nur nak cakap ni. "Yaya. jazakillahu khairan katheera sebab tolong Nur." and Nur rasa bersyukur sangat. "Allah. terima kasih sebab bantu hamba-hamba-Mu ini. Kau tak pernah letih dengar rintihan kami yang kerdil ni" 

"barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagi-Nya. dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [at-Talaq : 2-3]

Yakin pada Allah bukannya mengharap terkabulnya segala harapan. tapi yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya. rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. indahnya tarbiyyah Allah, tersiram rahmat dan hikmah. diuji kita sebagai tanda sayang dari-Nya.




semakin hari, Nur semakin kenal erti sabar dan tabah. dan satu yang sentiasa tersemat di hati Nur. Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. :)






2 comments:

Anonymous said...

YAKIN dengan pertolongan Allah. Susah untuk dipraktikkan. Kenapa? Sebab walaupun mulut mengatakan "ya Allah, tolonglah aku" tapi hati tetap merintih "boleh ke?". Sungguh tidak adil manusia. Kerana tidak yakin dengan pertolongan Allah. Dia yang berikan kiya ujian itu, jadi Dia yang ada jalan penyelesaiannya. Tak semua orang mampu menjadi seperi kamu dik. Walaupun hanya bc ayt 1000 dinar dalm hati guna enset, tetapi disebabkan keikhlasan dan kepercayaan yang adik letk dalam diri untuk meminta pertolongan Allah, maka Allah permudahkan urusan kamu dik. Tambah2 pulak doa orang teraniaya sangat makbul bukan? Semoga kamu terus kuat dalam jalan dakwah ini. Semoga kamu terus berusaha unuk menjadi aset paling berharga buat kedua ibu bapa kamu. Semoga kamu terus menjad hamb Allah yang osem dik!!

Mardhatillah Seeker said...

kak anon. jazakillahu khair. betul. Dia yang berikan kita ujian. so, hanya Dia yang ada penyelesaiannya. kita kena usaha dan tawakkal kpd Dia kan kak. :) moga Allah terus limpahi kita dengan rahmat dan kasih sayang-Nya yang terbentang luas itu. :)

\