Monday, June 25, 2012

ada masanya. ada ketikanya



ada masanya dia merasa letih dengan dunia
penat dengan segala tipu muslihat
lelah dengan segala ragam manusia.

ada masanya. dia merasa tak cukup kuat untuk menghadapi mehnah dunia.
tak siapa yang mengetahui. tak siapa yang memahami.
dia merintih keseorangan. dia menangis dalam diam.
entah kenapa. dia rasa lemah. 

ada masanya. dia merasa malu dengan Allah.
mulut bisa berbicara. tapi tindakannya. entah seiring. entahkan tidak.
tapi entah kenapa. dia rasa. dia harus bangkit.
dia harus bangun. dia harus berbuat sesuatu.



ada masanya. dia rasakan berat dengan ujian yang bertimpa-timpa.
sampai tertimbul persoalan. kenapa dia yang harus diuji.
tapi ayat cinta Allah menerangkan segalanya.

"Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan" [Al-Mu'minun : 62]

ada masanya. dia tahu jalan yang dia pilih ini. penuh dengan onak duri.
tapi itu lah jalan yang Allah redha.
jadi, dia harus kuat. dia harus tabah.
kerana pada penghujungnya dia tahu. ganjarannya. subhanallah. sangat manis.
dan dia tahu perjuangan itu harus diteruskan.

"orang-orang yang beriman  dan berhijrah di jalan Allah. dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. mereka itulah yang memperoleh kemenangan." [at-Taubah : 20]

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan Sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik" [Al-Ankabut : 69]


ada masanya. ada ketikanya. 
mulut tak dapat berkata-kata. tapi hati menceritakan segalanya.
dan hanya siapa yang dapat mendengar.
sudah tentu As-Sami'. Dia yang Maha Mendengar.




monolog diri :

Allah beri ketenangan dalam diri setiap hamba-Nya dengan pelbagai cara dan medium.
alhamdulillah. thank you Allah. :)

Friday, June 22, 2012

buat cinta hati saya kerana Allah

assalamualaikum.

oh. hari ni dah 22 jun. eh. ada apa dengan hari ni ek hari ni hari lahir seorang sahabat saya. cinta hati saya. saya sayang dia sangat-sangat tau. Murshidah Mohd Razali. kecil molek orangnya. saya kenal dia di tempat pedalaman tu la. yang penuh dengan segala serangga. charlie. abbas. lalat. namakan je. kami semua dah lali. setahun dah duduk kat tempat tu. tapi saya sayang kolej tu sangat-sangat tau.

mengimbas kembali perkenalan kami dulu. entah macam mana ukhwah itu terbina. yang saya tahu saya dan dia memang rapat. eh. padahal kami bukan sebilik. tapi bilik kami bersebelahan. tapi uniknya, saya selalu pergi bilik dia pagi petang siang malam. tidur menempek kat tengah-tengah mushi dengan ifa. hehe.

bila kenal dengan dia. entah. macam ada aura yang menarik saya untuk lebih dekat dengan dia. hehe. tapi betul la. semakin hari, semakin sayang. semakin hari. semakin nak tahu dengan mendalam tentang islam. oh. dia ex-KISAS. pandai betul orangnya. dia cikgu biology saya.

hurm. dulu. waktu saya nak mula bertatih pakai tudung labuh sikit. tudung dia la yang saya kebas. insha-Allah. banyak ganjaran buat awak mushi. jazakillah mushi atas semuanya. ada masalah, dia lah tempat mengadu. dia lah tempat saya merengek. dia la tempat saya meluahkan. dia sabar je melayan saya. :)

dia sangat lincah. kami main bola tampar sama-sama. semangat juangnya untuk Islam tinggi melangit. Allah, bantu dia untuk terus perjuangkan dakwah ini,

Allah, banyak yang aku ingin pohon dari-Mu.
Allah. aku pohon. tolong lindungi dia tak kira dimana dia berada. sungguh, aku sayang dia. kurniakan rahmat-Mu yang terbentang luas itu untuknya. biarkan dia menjadi seorang muslimah sejati yang akan terus menyinarkan cahaya Islam kepada orang-orang di sekelilingnya. kuatkan dirinya. kuatkan imannya untuk menghadapi segala mehnah dunia ni. ya Allah, biarkan dia baik-baik sahaja dalam jagaan-Mu.

mushi. kite tahu awak punya potensi besar untuk terus berkembang maju dalam jalan yang awak pilih ni. moga awak terus kuat. eh. dan tolong bantu kite jugak. kite nak seiring dengan awak. sama-sama dalam jalan yang Allah redha ni. insha-Allah. mari bersahabat sampai ke syurga eh mushi. :)

selamat hari ulangtahun yang ke-19 buat cinta hati saya kerana Allah.
dr. mushi. uhibbuki fillah ila jannah. <3




\