Sunday, July 22, 2012

ini cerita Nur

ini cerita Nur.

Nur baru balik dari sebuah kem. penat letih. esoknya puasa. malam tu Nur dan rakannya, Yaya nak balik kampung di pantai timur. Yaya cakap. dia dah suruh Rara belikan tiket. Rara cakap, abang kaunter tu kata, tak payah bayar lagi. malam nak naik tu baru pergi ambil tiket and bayar. kami betiga pelik. tapi takpela. dah abang tu cakap macam tu kan.

malam tu. Nur dan Yaya dah eksaited nak balik kampung halaman. nak sambut Ramadhan dengan parents. pukul 8.45, Nur dan Yaya naik teksi pergi stesen bus. bas kami sepatutnya pukul 10. sampai sana, mereka pergi kaunter tiket. nak claim tiket. tapi entah kenapa. mereka diuji, abang tu cakap. takde pun tiket yang direserve kan. seat pun dah full. ada 1 seat je yang kosong. Nur terkelu. dia tengok Yaya. Yaya sehabis mungkin suruh abang tu cari tiket untuk kami berdua. sebab bagi kami, abang yang dekat stesen bas hari tu la yang bersalah mungkin. kami nak beli tiket, tapi abang tu yang kata tak payah. Nur cuba buat muka slumber. Nur dah tak tahu nak buat apa actually. dia pun duduk dan telefon ibu. waktu cakap dengan ibu, tiba-tiba dia sedar. eh. ada air mata. laju la pulak. >.< ya. Nur sedih tapi Nur tahu ini ujian dari Allah. Nur tahu dia kena usaha. dia kena kuat. tapi entah kenapa. Nur rasa tak tahu nak buat apa. Nur dah macam tekad taknak balik kampung. biar Yaya je yang balik. tapi Yaya cakap. tunggu dulu, kita usaha dulu. abang tu tengah usaha jugak. Nur dah macam nak telefon kak Nini sebab nak mintak tumpang tidur. sebab housemates Nur semua balik kampung.

dalam menangis tu. tiba-tiba kawan Nur, Nana datang. Dia panggil Nur. Nur peluk Nana. Nur taktahu nak buat apa dah. Nana nak naik bas dah waktu tu. sebelum pergi naik bas. Nana cakap. "sabar ea. doa kat Allah. kite pun tolong doakan untuk awak". Nur cuba senyum. Nur buka my-Quran dekat phone. Nur cari ayat seribu dinar dalam surah at-Talaq. Nur baca diam-diam. Nur tahu Allah dengar semuanya. Nur tahu, Allah tahu isi hati Nur. ibu Nur asyik call. ibu risau. tapi Nur tak boleh angkat phone. sebab Nur tengah nangis. Nur tahu, kalau dia cakap dengan ibu, air mata lagi laju. Nur hantar mesej je kat ibu. cakap. "Yaya tengah tanya abang tu. ada seat lebih tak. kalau takde. Nur balik rumah senior."

Nur asyik ulang ayat seribu dinar. Nur doa dalam hati. Nur nak balik. Allah. tiba-tiba. Yaya datang. cakap "jom Nur, abang tu cakap, insyaAllah ada seat lebih." waktu tu dah lebih kurang 10.15 malam. Nur dan Yaya pegi dekat bas tu. Driver bas tengah cakap dengan abang tu. dia cakap. adik duk seat 6C & 11C. tapi nanti kalau dekat Kuala Kangsar ada orang naik and nak duduk tempat adik, adik kena duduk seat tepi driver la. Nur tengok Yaya. Yaya cakap. "takpe. ok".

Nur naik bas. Nur text ibu. "ibu, Nur dah naik bas". Nur lega. alhamdulillah. ada jugak bas nak balik. sampai Kuala Kangsar, ada orang naik. tapi Nur pelik. sorang je naik. and seat Nur dan Yaya still takde orang nak duduk pun. Nur kembali senyum. Nur tahu semua ni rencana Allah. perancangan Dia tak pernah silap. Nur rasa manis sangat sebab Nur tahu Allah sentiasa ada untuk bantu Nur. Nur nak cakap ni. "Yaya. jazakillahu khairan katheera sebab tolong Nur." and Nur rasa bersyukur sangat. "Allah. terima kasih sebab bantu hamba-hamba-Mu ini. Kau tak pernah letih dengar rintihan kami yang kerdil ni" 

"barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagi-Nya. dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [at-Talaq : 2-3]

Yakin pada Allah bukannya mengharap terkabulnya segala harapan. tapi yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya. rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. indahnya tarbiyyah Allah, tersiram rahmat dan hikmah. diuji kita sebagai tanda sayang dari-Nya.




semakin hari, Nur semakin kenal erti sabar dan tabah. dan satu yang sentiasa tersemat di hati Nur. Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. :)






Tuesday, July 17, 2012

oh. ini curahat.

mungkin saya bukan yang terbaik.
kerana saya bukan sempurna.

mungkin saya bukan yang terbaik.
kerana saya tak selalu ada untuk awak.

mungkin saya bukan yang terbaik.
kerana saya tiada waktu awak sedih.

mungkin saya bukan yang terbaik.
kerana saya tak dapat nak faham awak sepenuhya.

mungkin saya bukan yang terbaik.
tapi saya tahu Allah selalu jaga awak.

insya-Allah. doa saya sentiasa iringi awak.
moga awak. awak yang saya maksudkan ni. terus kuat untuk hadapi segala mehnah dan tribulasi dunia ni.

jikalau saya mejadi penyebab air mata awak jatuh.
asif. sesungguhnya awak merupakan anugerah terindah dari Allah buat saya.

mungkin saya merupakan tarbiyyah buat awak kan. :)


oh. air mata hampir menitis bila dia usap kepala saya hari tu.
sungguh. rindu. tak bohong. dan sekarang. air mata menitis dengan laju.
hanya Allah yang faham apa yang hati saya katakan sebenarnya.
awak. uhibbukifillah. insya-Allah. till jannah. 
moga kita berjiran di syurga nanti. :)

Saturday, July 14, 2012

tarbiah. akhawat.

sebenarnya banyak yang ingin saya coretkan. tapi entah kenapa. semuanya hanya berlegar-legar di minda. tiada kata yang dapat diluahkan mungkin. entahlah. tapi yang pasti. Dia mengetahui segalanya.

bila rasa diri semakin dekat dengan tarbiah. bibir pasti mengucapkan syukur. bila rasa diri semakin rapat dengan akhawat seperjuangan. bibir pasti melukis senyuman. indah. sungguh. mereka kekuatan saya. itu yang saya pelajari dari seorang akhawat di sini. bila hidup memang betul untuk Dia. kita akan dapat rasakan setiap ujian Allah itu merupakan satu tarbiah dari Dia. dan bila kita jatuh. pergilah cari mana-mana akhawat yang dekat dengan kita. inshaAllah, Dia bantu kita dengan menghadirkan mereka. mereka. sumber kekuatan saya di sini. mereka. sumber kekuatan untuk saya terus thabat atas jalan ni.



saya melihat mereka. saya melihat diri saya. semuanya sedang berusaha. semuanya sedang bermujahadah. siapa kata senang. susah tahu. tapi kan Allah lihat usaha. bukan Allah lihat natijah. biar merangkak. janji istiqamah. biar sedikit. janji berterusan. seronok bila melihat seorang demi seorang mula melangkah ke dunia ini. betul la, hidayah tu milik Allah.



semua tengah bermujahadah untuk mendaki tangga-tangga tarbiah itu. biar permulaanya sedikit lambat. janji semangat untuk terus mendaki tidak pernah pudar. malah makin berkobar-kobar dalam hati. untuk terus meletakkan cinta-Nya sebagai tempat teratas dalam hati ni. 



Allah, sungguh, banyak yang perlu aku lakukan.
untuk terus thabat atas jalan ini.
pinjamkan sedikit kekuatan ya Allah. agar aku bisa bangun jika aku jatuh.
agar aku bisa tersenyum walau hatiku menangis.
redha-Mu matlamat aku. kerana syurga itu impian aku.
bantu aku dan sahabat yang lain ya Allah.


\