Saturday, August 11, 2012

ini dunia aku

subhanAllah.
entah bagaimana bibir nak ucapkan syukur pada Allah.
terlalu banyak nikmat yang diberikan. terlalu banyak kurnia yang telah dicampakkan.
sekali lagi. setelah sekian lama air mata tak mengalir disebabkan Dia.
hari ni, akhirnya sebuah penantian terasa amat berbaloi.
dikelilingi akhwat. pelukan mereka inspirasi saya. pelukan mereka semangat saya. pelukan mereka kekuatan saya.



di mana saat aku rasa diri sangat futur. lemah tak terdaya.
mereka turut rasakan perasaan itu. Allah. kami bencikan penyakit futur itu.
tiap kali perasaan itu hadir. sedaya mungkin menghalau. sedaya mungkin menepis.
lemahnya bila kita berseorangan. tapi bila dalam kelompok yang dikelilingi akhawat, sinergi itu datang. semangat itu hadir. kekuatan itu menjelma.

betul la kata mak singa. hati kita ni bukan hanya boleh dibasahkan bila kita diberi perkongsian oleh penceramah-penceramah yang hebat. cukup bila akhawat yang memang seiring dengan kita mula berkongsi.  imbas balik apa yang berlaku malam tadi. dan pagi tadi. semua bicara mereka. aku rasakan seolah-oleh hentakan dari Dia. pukulan dari Dia. bangkitlah wahai hati yang lemah. bangkitlah wahai hati yang berputus asa. bak kata kak Nana, Allah itu memang menguji kita pada titik kelemahan kita. tapi didi kata, kalau matlamat kita besar, iaitu lillahi ta'ala, segala ujian itu akan jadi benda kecil untuk kita. ujian itu sentuhan dari Dia. ujian itu belaian dari Dia. mungkin untuk menyedarkan. mungkin untuk mendekatkan. mungkin untuk menghapuskan dosa. hanya Dia yang mengetahui. kita sebagai hamba. terima ujian itu. biar hati betul-betul redha bukan hanya pasrah.




mana pernah aku bayangkan aku akan hidup dalam dunia tarbiyah ini. aturan Dia sangat hebat. Allah kirimkan akhwat sebagai pengingat. Allah kirimkan akhawat sebagai pencetus semangat. Allah kirimkan akhawat sebagai pembimbing jiwa. agar hati sentiasa basah. agar hati sentiasa dekat. agar hati sentiasa dapat rasa manisnya iman. sungguh. rindu yang terpendam selama ni. terasa dah diluahkan. rindu untuk mendengar kata-kata yang sering mengajak untuk terus thabat atas jalan yang insyaAllah, Allah redha. rasa Ramadhan yang hanya berbaki 10 hari ni, semalam baru rasakan ini Ramadhan yang aku nak. selama ni entah di mana hati berlari. entah di mana hati melayang. tapi syukur. aku sempat kejar balik hati tu. simpan dia elok-elok. jaga dia rapi-rapi. supaya biar hati itu, rasa dekat dengan Allah. biar hati itu, rasa takut dengan Allah. biar iman yang jaga hati itu.

bila mak singa berbicara pasal kampung. air mata mengalir laju. mana kampung aku ? mana destinasi aku ? sesungguhnya bukan kampung halaman di dunia yang dikejar. tapi biarlah diri sentiasa kejar kampung yang memang kekal di sana. Allah, kami ingin sampai ke kampung kami jannah Firdausi itu. Allah, kami ingin sama-sama ke sana. melihat Engkau ya Allah. melihat Rasulullah. itu harapan kami.

biar aku pasang harapan. kerana dengan harapan itu, aku berharap aku akan terus berusaha. akan aku terus ketuk pintu Tuhanku, untuk terus kejar redha Dia. kerana itulah aku. pencari redha Illahi.














Wednesday, August 1, 2012

kekuatan itu

tersenyum. itu yang tengah saya lakukan. bila saya baca blog dia. saya senyum. hati melafazkan tahmid. kenapa ? kenapa ? kenapa ? sebab saya tahu semakin hari, dia semakin kuat. 

saya masih ingat lagi dulu. macam mana kami lalui detik itu. bukan dia seorang. tapi kami semua merasainya. bukan senang untuk dia terus melangkah. setiap hari ada mesej yang diterima. katakan dirinya tak kuat. katakan dirinya tak mampu. tapi hari ni. saya mempu tersenyum melihat diri dia. saya tahu bukan mudah untuk kekuatan itu dibina. bukan mudah untuk dia bangkit dari fasa kejatuhan dia. bukan senang. bukan mudah. semua itu memerlukan pengorbanan yang sangat besar.

tapi betul la. kadang-kadang Allah beri ujian untuk hamba-Nya supaya kita ni lebih dekat dengan Dia. dukacita itu mendekatkan diri dia dengan ya Rabb. kegagalan itu membuatkan dia lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang. mungkin saya tak dapat lihat macam mana dia bangun. tapi saya tahu ujian itu telah mematangkan dirinya. 


buat kamu. percayalah bahawa. ujian ini merupakan tarbiah dari Dia. kadang-kadang kita tak nampak hikmah yang terselit. tapi kita percaya bahawa setiap yang berlaku, itu adalah yang terbaik kan. buat kamu. saya dan keluarga sentiasa doakan yang terbaik buat kamu di sana.

hah. ingat. Dia sentiasa ada untuk menjadi tempat kita bersandar dan memohon pertolongan.




sekarang. bibir mampu mengukir senyuman. kerana saya tahu setiap langkah yang dia mulakan kini adalah hasil daripada kekuatan yang telah sekian lama dibina. alhamdulillah :)

ya Allah, lindungi dan jagalah dirinya walau di mana dia berada. berikan dia secebis kekuatan untuk terus menghadapi ujian hidup ini. rahmatilah dirinya dan berikanlah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan di akhirat.

\