Sunday, May 20, 2012

::alhamdulillah untuk nikmat ini ::

assalamualaikum

apa khabar iman hari ni ?
alhamdulillah. semalam genap umur saya 19 tahun.



syukur ya Allah.
Kau masih benarkan aku untuk terus bernafas.
Kau masih kurniakan aku nikmat iman, islam, kesihatan.

terima kasih abah. ma.
untuk segalanya.
 pengorbanan. kasih sayang. kesabaran. tenaga. wang.
dan banyak lagi.
tak dapat adik nak bayar segala tuh sampai bila-bila pon.
moga rahmat Allah sentiasa bersama ma and abah. amin. :)

terima kasih sahabat.
untuk wishes dan doa-doa yang tak putus.
terima kasih Saidatun Nabilah. untuk post tumblr yg sgt comel.
terima kasih Raihanah Shobri untuk surat di alam maya yang awak kirimkan.
terima kasih juga Murshidah Razali untuk post awak yg buat saya terharu.
terima kasih juga Hafizah Razak untuk post awak yg buat saya tersenyum.
syukran jazilan juga buat sahabat yang lain dan sisters.
doa kalian amat saya perlukan. :)
moga ukhwah yang terjalin ni kekal selamanya.
moga Allah temukan kita di Jannah sana.

genggam erat tanganku duhai sahabat.
kerana aku takkan pernah kuat
tanpamu dan tanpa-NYA. :)



ya Allah,
panjangkanlah usiaku.
agar lebih lama dapat aku mentaati-MU.
jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang.
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.

ya Allah, 
tambahkanlah amalanku seiring dengan pertambahan usiaku.
jadikanlah cahaya-Mu yang bersinar sentiasa menyinari jalanku.
rehatku adalah rantaian zikir.
rantai yang yang ku kalungkan pada leherku.
sebagai tanda cintaku pada-Mu.

ya Allah,
Engkau tidak mesia-siakan usahaku.
mencari haruman syurga ciptaan-Mu.
tempat rehat dan nikmat abadi.

ya Allah,
rahmatilah dan limpahkan kasih-sayangMu itu
kepada ibu bapaku, kaum kerabatku
dan sahabat handai yang aku sayangi.

AMIN.

p/s : sanah helwah buat kakak tersayang yang turut berkongsi tarikh hari lahir. moga Allah terus rahmati kamu dan melimpahi kamu dengan kasih sayang-Nya. Moga kamu menjadi serikandi Muslimah yang sentiasa berpegang pada addin.


3 comments:

Nur Liyana Md Noordin said...

tenkiu =)))

Cam Alyahya said...

sayang, suka la piano playback ni.. tajuk dia apa ek? suka sangat.. huhu

:: cik amirah :: said...

kak cam. sorry lambat :') try serach kt youtube. ni link dia http://www.youtube.com/watch?v=a_Am4cHMBKM&feature=related

\