Thursday, November 22, 2012

sang pelangi yang menjadi idaman.



kita sibuk mencari di mana sang pelangi.
sedangkan kehadiran hujan dan cahaya matahari itu tidak pernah dihargai.

padahal, pelangi itu hanya boleh terbentuk tika mana berlakunya gabungan cahaya matahari dan hujan di saat tertentu dan di sudut tertentu.

menarik bukan ciptaan Illahi. hujan itu mampu biaskan satu cahaya menjadi tujuh warna yang mana bila kita melihat, terlompat-lompat eksaited. itulah warna celupan Allah yang sangat menakjubkan.

sanggup berhentikan kereta, moto, basikal. tengok pelangi puas puas. tangkap gambar pelangi puas puas. kan kan ?

eh tak ke ?? aku dulu ye. :D

and even ada matahari. ada hujan. tapi tak semua masa adanya pelangi betul tak ? betul kan ?


cuba kita ni relatekan watak watak tadi dalam kehidupan kita. sang matahari menjadi amalan wajib. sang hujan menjadi amalan sunat. dan sang pelangi itulah hasil gabungan amalan-amalan itu.

kalau sang matahari berdiri sorang sorang. tanpa adanya hujan. pelangi tak terbentuk jugak. kalau sang hujan turun membasahi bumi sorang sorang tanpa adanya sang matahari, pelangi tak muncul jugak.

matahari. kehadiran dia menjadi rutin dalam hidup ni kan. setiap hari mesti ada jugak even sekejap. and rasanya takde pulak kita nak cakap. "Allah, ajaibnya matahari hari ni" erm erm. macam jarang je.

hujan pulak. kadang-kadang bila mana Allah perintahkan untuk dia membasahi bumi ni, baru dia akan turunkan titisan air hujan tu. kadang-kadang ada. kadang kadang tak.

pelangi. ha. ni lagilah rare nak jadi. bila syarat syarat tertentu dah dipenuhi, barulah pelangi ni boleh terbentuk. tapi kehadiran pelangi ni la yang paling buat orang eksaited tahap giga. eh.

macam tu jugak kita.

amalan wajib tu dah macam rutin kita kan. solat 5 waktu. puasa bila dalam bulan Ramadhan. bayar zakat bila dah cukup syarat. etc.

amalan sunat pulak. kadang kadang ada. kadang kadang mutabaah pun tak tercapai goal. *tepukdahi* dhuha. puasa sunat. zikir. sedekah. qiam. rawatib. baca Quran. etc

and bila mana amalan wajib itu mampu untuk bergabung dengan amalan sunat ini lah yang sebenarnya akan hasilkan celupan Allah macam pelangi tu.

kesan yang akan kita dapat untuk diri kita sendiri. kesan yang bila mana gabungan itu mantap, diri kita sendiri jugak akan rasa tingginya iman tatkala itu. kesan yang mana akan membuatkan kita rasa lagi dekat dengan Sang Pencipta. kesan yang mana akan membuatkan kita mungkin lebih dicintai Allah.

kerana ada hadis yang berbunyinya begini. ehem ehem ehem.

Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:

"Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (Riwayat Imam Bukhari)



siapa yang taknak kasih sayang Allah tu. cuba cakap. semua orang nak. semua orang nak Allah cinta kepadanya. semua orang nak Allah kasih kepadanya. semua orang nak Allah menjadi telinga, mata, kaki dan tangan buatnya. semua orang nak Allah makbulkan permintaannya. semua orang nak berada di bawah perlindungan Dia.

tapi sahabat, 
pelangi ni takkan terjadi kalau matahari dan hujan itu tidak seiring. pelangi ini tak akan terjadi kalau matahari dan hujan itu tidak bersama.

ayuh ! muhasabah diri. diri ini juga terlalu banyak khilafnya. 

oh ya. kredit untuk mak singa tersayang. kerana dia yang berkongsi cerita ini. :')


1 comment:

Anonymous said...

Bias hujan itu nama lain bagi pelangi. Dan tanpa matahari pelangi takkan terjadi, mungkin hanya akan menjadi embun untuk esok hari.

jom rebut kasih sayang Allah.

muhasabahbersama.nicesharing.:)

\