Tuesday, June 11, 2013

asap asap kelabu

bismillah.

kanvas putih ini telah lama menyepi.
dakwat hitam sudah lama tidak tertumpah.
aku seakan-akan sedang mencari kata yang terbaik untuk dicoretkan
moga coretan ini menjadi saham bagi pandangan Illahi.

aku melihat di sekelilingku
pandanganku seakan-akan kabur
mana satu putih, mana satu hitam
langsung tak dapat aku bezakan
yang aku nampak hanyalah kelabu
di sana kelabu, di sini kelabu

aku mendongak langit
jiwaku seakan-akan pedih
mungin aku penat ditipu oleh dunia
atau mungkin juga aku letih melihat muslihat manusia
atau sebenarnya sakit mengenangkan tenatnya kita

aku seakan lemas dalam dunia ini.
di mana oksigen yang aku perlukan
aku buntu. aku bingung.

ya Allah, bantu aku. pimpin aku.
aku tidak mahu selamanya lemas.
aku tidak mahu selamanya dikelilingi kegelapan.
aku mahu tahu yang mana satu putih. yang mana satu hitam.
supaya aku dapat bezakan yang mana satu hak. yang mana satu batil.

akhawat, sahabat.
tolong aku. ingatkan aku tatkala aku terleka
tarik aku tatkala aku terjatuh.
kejutkan aku tatkala aku tertidur.
sampaikan kebenaran itu pada aku.



"Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dengan kebatilan, dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya." [2:42]






No comments:

\