Saturday, July 14, 2012

tarbiah. akhawat.

sebenarnya banyak yang ingin saya coretkan. tapi entah kenapa. semuanya hanya berlegar-legar di minda. tiada kata yang dapat diluahkan mungkin. entahlah. tapi yang pasti. Dia mengetahui segalanya.

bila rasa diri semakin dekat dengan tarbiah. bibir pasti mengucapkan syukur. bila rasa diri semakin rapat dengan akhawat seperjuangan. bibir pasti melukis senyuman. indah. sungguh. mereka kekuatan saya. itu yang saya pelajari dari seorang akhawat di sini. bila hidup memang betul untuk Dia. kita akan dapat rasakan setiap ujian Allah itu merupakan satu tarbiah dari Dia. dan bila kita jatuh. pergilah cari mana-mana akhawat yang dekat dengan kita. inshaAllah, Dia bantu kita dengan menghadirkan mereka. mereka. sumber kekuatan saya di sini. mereka. sumber kekuatan untuk saya terus thabat atas jalan ni.



saya melihat mereka. saya melihat diri saya. semuanya sedang berusaha. semuanya sedang bermujahadah. siapa kata senang. susah tahu. tapi kan Allah lihat usaha. bukan Allah lihat natijah. biar merangkak. janji istiqamah. biar sedikit. janji berterusan. seronok bila melihat seorang demi seorang mula melangkah ke dunia ini. betul la, hidayah tu milik Allah.



semua tengah bermujahadah untuk mendaki tangga-tangga tarbiah itu. biar permulaanya sedikit lambat. janji semangat untuk terus mendaki tidak pernah pudar. malah makin berkobar-kobar dalam hati. untuk terus meletakkan cinta-Nya sebagai tempat teratas dalam hati ni. 



Allah, sungguh, banyak yang perlu aku lakukan.
untuk terus thabat atas jalan ini.
pinjamkan sedikit kekuatan ya Allah. agar aku bisa bangun jika aku jatuh.
agar aku bisa tersenyum walau hatiku menangis.
redha-Mu matlamat aku. kerana syurga itu impian aku.
bantu aku dan sahabat yang lain ya Allah.


2 comments:

Anonymous said...

moga terus thabat atas jalan Dia sahabat..bila ada matlamat makanya perlu sertakan usaha juga..bila ada impian jgn biarkn ia hanya impian semata..Allah ada bersama awak..dan akhawat yg lain..fighting!:)

Cahaya said...

anon- jazakillah. insyaAllah. moga Allah redha perjalanan ini. kerana hanya redha-Dia yang selalu didambakan. moga awak juga berada dalam rahmat-Nya. ameen. :)

\