Friday, January 25, 2013

tolakan kecil dalam langkahan itu.

baru ditolak dua tiga kali.
hati dah rasa sangat susah untuk menerima.

wahai diri, sedarkah engau berapa banyak kali Rasulullah ditolak dakwahnya zaman dahulu ?
tapi baginda tak pernah nak berputus asa.
biar dikeji, dihina, hatta dibaling najis sekalipun,
dakwah itu tetap Rasulullah gerakkan.

malu sendiri aku saat mengenangkan tabahnya baginda.
pilu sendiri aku saat mengenangkan keprihatinan baginda kepada umatnya
sehinggakan di saat akhir nafasnya, masih "ummati, ummati" yang meniti di bibirnya.
Allah.

sedarlah wahai diri,

jika aku yang sukar menerima tolakan ini jelas tidak mahu mengubah sikapku.
jika aku yang suka membuat persepsi sendiri ini jelas tidak mahu mengubah sikapku.
jika aku yang sukar untuk membina kekuatan itu jelas tidak mahu mengubah sikapku.

akan lambatlah gerakan dakwah ini ! *nangesss*

biar mereka menolak.
janji engkau tetap berusaha.

biar mereka memandangmu pelik,
janji engkau tahu Rasulullah sedang tersenyum melihat usaha-usahamu itu.

biar engkau menjadi asing, kerana kata Rasulullah, orang-orang asing itulah yang akan bahagia nanti. 

Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: 
“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’). 
Hadis Riwayat Muslim

walaupun ada tolakan di saat engkau mula menyeru, tetapi ingatlah masih ada yang mahu menerima.

masih ada di luar sana hati-hati yang masih belum disentuh.
masih ada di luar sana jasad-jasad yang belum diubah.

kerja kita masih belum selesai selagi ustaziatul 'alam itu tak tercapai !
bangkit ! tempur !

monolog cahaya :

langkah ini  masih lagi tidak setanding dengan peritnya Baginda ketika mula menyebarkah dakwah
tetapi biarlah langkah langkah kecil ini yang akan menguatkan.
biarlah langkah langkah kecil ini yang akan menjadi titik tolak untuk kita terus melangkah dengan lebih jauh.

baru sedikit rasa yang diberi Allah berbanding pengorbanan baginda yang terlalu jauh besar itu.
moga dengan rasa yang dikurnia Allah ini.
aku, dia dan mereka akan terus untuk kuat dalam langkahnya dalam menggerakkan dakwah dan tarbiyyah ini.

moga Allah redha.





No comments:

\