Friday, April 5, 2013

usaha. sabar. yakin. percaya. tawakkal.

bismillah

final is coming nearer nearer and nearer.
hari ni Jumaat. lagi 3 hari.
esok Sabtu, lagi 2 hari.
lusa Ahad, lagi 1 hari.
eh, tulat Isnin. no more lagi hari. >.<
There you go, final is really coming.


mesti batch mate tengah berdebar nak exam. aku juga begitu.
bersungguh sungguh pulun hingga ke titis peluh yang terakhir kan. [tapi aku sempat update blog kejap >.<]

tapi pernah tak di satu ketika itu.
kita rasa helpless ?

ketahuilah wahai sahabat,

bila kepenatan menjelma, bersabarlah.
bila keletihan hadir, bersabarlah.
bila ketakutan menguasai, bersabarlah.
bila putus asa menghampiri, bersabarlah.

"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." [74:7]




dan yang paling penting,
biar apa yang kita usahakan itu betul niatnya hanya kerana Allah.
dan pulangkan semula kepada Allah untuk urusan natijah selepas itu.
kerana natijah itu memang dari Allah. hanya dari Dia.
tetapi sunnatullahnya begini, kalau kita inginkan kejayaan, usaha haruslah didahulukan. :)
Allah takkan bagi kejayaan secara percuma kepada kita. usaha itu perlu.

cuma dalam tiap langkah kita berusaha, hadirkanlah Allah dalam diri di setiap saat. hadapilah segalanya dengan adanya Allah di hati. sebab kita tahu hanya Dia yang dapat bantu kita. bukan orang lain. 

percaya tak ni ?


Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu ? Karena itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal. 

[3 : 160]


dan wahai sahabat,
jangan sesekali dilupakan simpulan tali kebergantungan kepada Dia.
pastikan simpulan itu utuh di setiap saat. di setiap ketika. dan di setiap detik.
kerana kalau kita ini beriman kepada Dia, kita pasti percaya bahawa Dia sememangnya akan bagi yang terbaik buat kita kan ?

Allah jua berfirman,

"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan baginya." [65:3]




kita kata kita percaya. 
jadi percayalah bahawa Allah itu penulis terbaik, pelukis terbaik dan perancang terbaik.
titipkan kebergantungan itu di setiap hela nafas.

moga Allah memudahkan urusan kita ini.
moga segala usaha ini akan lebih dekatkan diri kita dengan redha Dia.

dan jangan pernah berhenti minta dari Dia. :)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, 
maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang 
yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka itu 
memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu agar
mereka memperoleh kebenaran. "
[2:186]

ini janji Allah. jangan ragu. tapi YAKIN. 
mari jadi hamba yang beriman. moga Dia redha.

Allahu yusahhil. :')






No comments:

\