Sunday, September 8, 2013

statik. sakit. bangun.

lama tidak menulis.
bukan kerana bersara.
cuma sedang menyusun aksara.

bila terkenangkan memori lama
siapa sangka aku mampu berada di sini
bersama mereka yang ku cintai atas nama Dia
siapa sangka Allah pilih aku, kau untuk merasa jerit perih jalan ini.



kadang aku terfikir
apa sudah jauh aku berjalan
tapi rasanya masih tidak.

ada masa aku masih merangkak.
ada masa lambat meniarap
di saat terasa berisi, mungkin baru boleh laju mengejar.

cuma itulah. aku.
manusia kan. mana pernah sempurna sepanjang masa.
ada masa kaki perlahan melangkah.
pernah satu masa itu aku rasa statik yang amat menyakitkan.
sungguh. pernah kau rasa statik ?
statik yang tak bergerak.
graf kau maintain ja. padahal bukan maintain pun. jatuh menjunam mungkin.
saat itu sakitnya hanya Allah yang tahu.
kau ingin bergerak tapi kau tak tahu nak mula di mana.
kau ingin berlari tapi kau tak tahu mana nak cari energy
kau ingin terbang tapi kau tak tahu sayap mana mahu dibeli.

last last kau senang sendiri.
tapi itulah gunanya support system yang mantap.
seorang seorang hadir.
kata yang A. tarbiyyah dzatiyyah kena kuat.
kata yang B. hubungan dengan murobbi kena super.
kata yang C. kau orang yang ditarbiyyah kan. takkan nak kena suap lagi. work for the spark. kau cari sampai jumpa. gali sampai habis. mana boleh manja lemah gemalai lagi. kata nak jadi dai'e.

sentap.

"katakanlah, "sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat." ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata." [az-Zumar:15]

sampai bila nak rugikan diri sendiri dengan jadi statik.





2 comments:

sevenNeedLes said...

miraah.
deep. deep sangat.
sebab tu lah tarbiah dan dakwah itu umpama petrol yang melajukan. halaqah, daurah, jaulah, etc umpama stesen, untuk isi minyak. hakikatnya, yang mentarbiah diri kita itu Allah. bukankah Allah itu di mana-mana? kita yang selalu hadkan stesen2 tu di usrah atau daurah2 yang kakak buat semata-mata. ni kita cakap kat diri kita sebenarnya T.T

isk rindu TT_TT

Cahaya said...

didi... :')sungguh, tarbiyyah itu juga yang menguatkan. mana mungkin nak sampaikan dakwah andai diri sendiri tak ditarbiyyah kan didi. kadang2 betul la, diri ni asyik nak nganga mulut tunggu disuap ja. tak reti nak rasa erti penat. asyik tunggu murobbi yang datang ajak itu ini. :'( sedihhhh bila kadang2 diri tak mampu nak gerak sendiri. but then, i realized beruntungnya untuk ada support system yg kuat. bila kita umbang ambing, diorang ada untuk tarik balik. sedarkan balik tika kita terlelap dengan dunia. perasaan 'sibuk' itu lagi dinantikan. sebab bila sibuk, baru diri tak sempat nak leka. :'(

didi. kita rindu awak jugaakkk. T___T

\