Saturday, October 13, 2012

aku tahu !

aku melihat mereka.
ya Allah. sungguh, aku kagum dengan mereka.

betapa tingginya keyakinan mereka.
betapa kuatnya keazaman mereka.
betapa hebatnya semangat mereka.

aku lihat mereka. dan aku dapat lihat diri aku pada mereka.
ya, itu aku pada satu waktu dahulu.
itu aku ! aku pernah rasakan apa yang mereka rasakan saat ini.

saat di mana aku pertama kali menerima tempias tarbiyyah itu.
saat di mana aku  mendapat jengukan hidayah itu.



aku teringat betapa kuatnya semangat aku tika itu.
aku tercari-cari. kerana aku tahu hati aku perlu diisi.

aku mahu semangat itu terus hadir.
supaya tika aku lemah, semangat itu akan terus menguatkan aku.

aku mahu semangat itu terus muncul.
supaya tika aku jatuh, semangat itu akan terus memapah aku.

kerana aku tahu,
aku tak selalunya kuat.

tapi aku juga tahu satu perkara.
Allah itu Maha Adil. takkan Dia uji hamba-hambaNya melainkan apa yang terdaya.


dan aku juga masih percaya.
bahawa ada sebab Allah pilih aku untuk terus meniti jalan ini.
dan aku juga tahu. aku harus bersyukur untuk itu.

jalan ini bukan disusuri dengan karpet merah yang terbentang indah.
tapi jalan ini dibayangi dengan onak duri yang penuh ranjau.
tapi untuk gapai redha Dia. untuk kejar cinta Dia. untuk dapat syurga Dia.
aku tahu ! aku harus terus meniti jalan ini. kerana apa ???
kerana aku Muslim ! aku abid ! aku khalifah !
Islam tak perlukan aku pun. tapi aku sangat perlukan Islam !
Islam tak perlukan aku untuk menang. kerana al-Haq pasti menang ! itu janji Allah.
tapi aku ?? aku mahu berada dalam sebahagian yang menjadi penyebab Islam itu menang !
aku mahu ! aku nak !

ada masanya,
aku jadi sakit melihat umat yang semakin tenat.
aku jadi penat dengan muslihat dunia yang tak pernah berhenti.
aku penat ! aku letih terperangkap !
jadi aku tahu ! dunia ini harus aku lihat dengan kaca mata tarbiyyah !

tapi aku juga tahu.
pergantungan kepada Allah itu adalah segala-galanya.
ujian itu dari Dia. kekuatan itu dari Dia. nikmat itu dari Dia.

jadi kepada siapa aku harus kembali.
tentulah kepada Dia. :)

Allah ya Rabb.
jangan Kau bolak balikkan hati kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami.

aku takut untuk jauh dari Dia.

pesan sahabatku. 

"jika engkau merasa bahawa segala yang ada di sekitarmu gelap dan pekat, tidakkah dirimu curiga bahawa engkaulah yang dikirim Allah untuk menjadi cahaya bagi mereka ? berhentilah mengeluhkan kegelapan itu. kerana sinarmulah yang mereka nantikan. berkilaulah sahabat".

pesan mak singa.

 jika mahu himmah sntiasa tinggi, lakukan tajdid skrg! Perubahan perlu tegar!

berhenti mengeluhkan kegelapan ! 
kerana sinar kita yang mereka sedang nantikan.
berhenti mengeluhkan keadaan ummah.
kerana usaha kita jauh lebih penting dari keluhan itu.

lakukan perubahan sekarang.
sementara himmah itu masih tinggi.

moga Allah terus thabatkan hati-hati kita atas jalan dakwah ini. 



1 comment:

Anonymous said...

That's really interesting. Thanks for posting all the great information! Had never thought of it all that way before.

\