Showing posts with label akhawat. Show all posts
Showing posts with label akhawat. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

batu bata



andai foundation batu bata di bawah itu betul kukuh dan padu.
tapi batu bata di atasnya penuh cacat cela, tidak mampat, poros di sana di sini,
aku rasa bangunan yang tegak berdiri pasti tak mampu untuk dibina.

entah entah sekali angin bertiup kencang, musnah semuanya.
kecuali batu bata yang tahap paling bawah. yang tahap paling asas. yang tahap paling kukuh itu.

nak tahu, dalam mencapai UA, begitulah kita.
asas yang tahap paling kuat dan kukuh itu adalah hasil binaan Rasulullah dan para sahabat.
bayangkan betapa kuatnya mereka dalam menyampaikan Islam buat kita.
segala sakit jerih perit sanggup dirasai.
demi membawa Islam tu.

tapi andai kita yang sepatutnya menjadi binaan selepas selepas itu tak mampu kuatkan diri.
poros di sana di sini. masih terbelenggu dengan jahiliyyah yang memekat.
mana mungkin UA itu mampu dicapai. entah nanti runtuh di tengah jalan.

even hanya satu dua batu bata yang ada rosaknya, tapi tetap perjalanan untuk membina bangunan yang kukuh itu menjadi lambat.

memang benar. kita takkan pernah lari dalam membuat jahiliyyah. dan kerana itulah, kita takkan pernah berhenti dari mujahadah yang sakit. mujahadah yang perit itu.

dan jangan hanya menjadi orang di luar bangunan. yang hanya melihat UA bakal naik tapi langsung tiada niat untuk menyumbang. sungguh rugi.

tapi jadilah binaan binaan yang kukuh. yang mantap. yang mampu melajukan pembinaan bangunan itu. yang mampu melajukan pembinaan UA itu.

nah tengok video ni. mungkin boleh buka mata lagi luas.



"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." [5:54]

dakwah tak pernah perlukan kita. andai kita tak buat DnT ni, Allah masih akan datangkan satu kaum yang LEBIH BAIK untuk buat sunnah terbesar Rasulullah ini. cuma kitalah yang menjadi manusia yang paling rugi.

moga kekuatan itu terus hadir. supaya kita tak tercicir dari gerabak ini. moga cinta buat Dia terus memekar. agar kekuatan yang kita pohon itu datang. :')

kata seorang akhawat ini, andai benar kita memilih jalan DnT ini betul atas dasar cinta kepada Dia, pasti kita takkan terasa berat atau letih untuk teruskan perjalanan dalam jalan yang 'asing' ini.

moga Allah redha. 



Tuesday, December 25, 2012

masam manes


Dua malam bersama mereka.
Aku rasakan seolah oleh bahagia itu milik aku. (eh. Over betul ayat ni >.<)
Kasih terlerai. Rindu terungkap.

Malam itu. Bulan dan bintang menjadi saksi.
Kami bercinta lagi dalam bulatan kami sendiri. Duduk-duduk atas toto. :D
Menyambut kedatangan sang murobbi.
Sungguh. Rindu yang selama ini terpendam aku rasakan seolah-olah terlerai tika itu.
Air mata menitis. Setitis. Dua titis. Itulah penangan ikatan hati yang tersimpul
Ukhuwwah yang betul-betul atas nama Dia. Insya Allah.

Aku masih ingat dengan mesej yang diterima dari sang murabbi sebelum itu. Katanya. “ tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ukhuwwah dan rasa kebersamaan pada saat ini.”

Betul. Kami sudah tidak berada dalam satu bulatan yang sama. Tapi rasa kebersamaan itu sentiasa ada. Semangat yang si murabbi pernah tanam dalam diri setiap seorang dari kami itu seolah-olah sudah tertanam utuh di lubuk yang paling dalam. Biar jarak itu menjadi pemisah. Tapi itulah magiknya hasil ikatan hati itu.

Di malam yang indah itu, sang murabbi itu berkongsi. Katanya “murabbi/naqibah itu adalah nikmat/anugerah dari Allah.” Jadi, bila katanya anugerah/nikmat, perasaan bersyukur itu harus ada bukan. Sungguh, Alhamdulillah untuk nikmat itu. Mungkin dia bukan naqibah aku pada tika ini, tetapi selamanya dia akan menjadi murabbi pada kami, mereka dan orang lain. dan Allah dah atur sebaik mungkin untuk aku dan yang lain dengan kehadiran naqibah baru yang super osem. Bersyukur itu perlu ada. :)

Katanya lagi. kadang, kita ini sudah terlalu biasa dengan sesuatu perkara. Contohnya usrah. Dan sampai kita juga menjadi terlalu biasa untuk mencari kemanisan di sebalik sesuatu perkara. Walhal, untuk mencari kemanisan itu tanggungjawab kita. Kalau kita sendiri taknak berusaha, mana mungkin kita akan dapat kemanisan itu. Kalau kita tidak bersusah payah, mana mungkin kita akan rasa manisnya mujahadah itu. Sama kan equation dia. :)

Kadang kita kata kita lelah mujahadah, tapi pernah kita Tanya “mutabaah amal aku terjaga atau tidak ?”. karat-karat jahiliiyah itu masih melekat kalau mutabaah pun ke laut. Banyak masa kita sudah diisi dengan benda-benda duniawi. Sampai satu tahap, kita umpama hanya memberi sisa-sisa masa yang kita ada untuk Allah. *ouch.tepuk dahi.nanges laju-laju* betul kan. Takkan selamanya kita hanya nak bagi sisa-sisa masa ja dekat Pencipta kita. Cuba bayangkan kalau Allah pun bagi sisa-sisa kasih sayang Dia ja dekat kita. *uhuk.potong bawang* mari sama-sama muhasabah.

Aku tertarik dengan satu ayat ni. “orang yang ditarbiyyah akan ubah perspektif”. Ohooo. Takkan selamanya nak tengok sesuatu dari kaca mata dunia. Jom ubah jadi kaca mata akhirat. Dan takkan hanya nak tengok dari kaca mata manusia biasa. Kata kita orang yang ditarbiyyah. Harus la pakai kaca mata tarbiyyah. Sebab Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia kan. Jadi, kita ni yang katanya sudah ditarbiyyah, cari ibrah, cari hikmah atas setiap yang berlaku. Baru rasa manis itu ada. Baru boleh jatuh chenta dengan Allah. baru boleh percaya dengan setiap aturan Allah yang Maha Hebat itu. 

Akhirul kalam.
“ Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." [2:152]

Kata Allah, ingatlah Dia, baru Dia akan ingat kita. biar susah sekarang, janji nanti kat syurga dapat senang-senang. janji Allah itu benar buat hamba-hambaNya yang betul-betul percaya. percaya itu apa ? percaya itu IMAN ! :)




kata cahaya : 

Ada orang pernah kata, kalau Muslim itu tahu matlamat hidup dia, dia memang akan rasa letih sebab dia tahu istirehat yang sebenar hanya bila dia dah dapat genggam jannah tu. Tapi aku ni kadang-kadang relax jugak lebih. Astaghfirullah. T.T”

oh ya. dan maaf. post ini lagaknya kurang teratur >.<








Saturday, August 11, 2012

ini dunia aku

subhanAllah.
entah bagaimana bibir nak ucapkan syukur pada Allah.
terlalu banyak nikmat yang diberikan. terlalu banyak kurnia yang telah dicampakkan.
sekali lagi. setelah sekian lama air mata tak mengalir disebabkan Dia.
hari ni, akhirnya sebuah penantian terasa amat berbaloi.
dikelilingi akhwat. pelukan mereka inspirasi saya. pelukan mereka semangat saya. pelukan mereka kekuatan saya.



di mana saat aku rasa diri sangat futur. lemah tak terdaya.
mereka turut rasakan perasaan itu. Allah. kami bencikan penyakit futur itu.
tiap kali perasaan itu hadir. sedaya mungkin menghalau. sedaya mungkin menepis.
lemahnya bila kita berseorangan. tapi bila dalam kelompok yang dikelilingi akhawat, sinergi itu datang. semangat itu hadir. kekuatan itu menjelma.

betul la kata mak singa. hati kita ni bukan hanya boleh dibasahkan bila kita diberi perkongsian oleh penceramah-penceramah yang hebat. cukup bila akhawat yang memang seiring dengan kita mula berkongsi.  imbas balik apa yang berlaku malam tadi. dan pagi tadi. semua bicara mereka. aku rasakan seolah-oleh hentakan dari Dia. pukulan dari Dia. bangkitlah wahai hati yang lemah. bangkitlah wahai hati yang berputus asa. bak kata kak Nana, Allah itu memang menguji kita pada titik kelemahan kita. tapi didi kata, kalau matlamat kita besar, iaitu lillahi ta'ala, segala ujian itu akan jadi benda kecil untuk kita. ujian itu sentuhan dari Dia. ujian itu belaian dari Dia. mungkin untuk menyedarkan. mungkin untuk mendekatkan. mungkin untuk menghapuskan dosa. hanya Dia yang mengetahui. kita sebagai hamba. terima ujian itu. biar hati betul-betul redha bukan hanya pasrah.




mana pernah aku bayangkan aku akan hidup dalam dunia tarbiyah ini. aturan Dia sangat hebat. Allah kirimkan akhwat sebagai pengingat. Allah kirimkan akhawat sebagai pencetus semangat. Allah kirimkan akhawat sebagai pembimbing jiwa. agar hati sentiasa basah. agar hati sentiasa dekat. agar hati sentiasa dapat rasa manisnya iman. sungguh. rindu yang terpendam selama ni. terasa dah diluahkan. rindu untuk mendengar kata-kata yang sering mengajak untuk terus thabat atas jalan yang insyaAllah, Allah redha. rasa Ramadhan yang hanya berbaki 10 hari ni, semalam baru rasakan ini Ramadhan yang aku nak. selama ni entah di mana hati berlari. entah di mana hati melayang. tapi syukur. aku sempat kejar balik hati tu. simpan dia elok-elok. jaga dia rapi-rapi. supaya biar hati itu, rasa dekat dengan Allah. biar hati itu, rasa takut dengan Allah. biar iman yang jaga hati itu.

bila mak singa berbicara pasal kampung. air mata mengalir laju. mana kampung aku ? mana destinasi aku ? sesungguhnya bukan kampung halaman di dunia yang dikejar. tapi biarlah diri sentiasa kejar kampung yang memang kekal di sana. Allah, kami ingin sampai ke kampung kami jannah Firdausi itu. Allah, kami ingin sama-sama ke sana. melihat Engkau ya Allah. melihat Rasulullah. itu harapan kami.

biar aku pasang harapan. kerana dengan harapan itu, aku berharap aku akan terus berusaha. akan aku terus ketuk pintu Tuhanku, untuk terus kejar redha Dia. kerana itulah aku. pencari redha Illahi.














\