Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

seketul daging bernama hati

" hati bicara tanpa kata, menjawab tanpa suara, dan sering menyengat tanpa terlihat. tapi ia terasa. sebab dari sanalah banyak tindakan dan perilaku kita mengambil kiblatnya. dari sana amal-amal dan segala proses kehidupan kita menapakkan pijakannya berupa niat dan tekad. maka Rasulullah menggambarkan, bahawa hati adalah raja. jika ia berdenyut baik, maka baik pula seluruh raga yang berdetak dalam iramanya. jika ia rosak, maka rosak pula semuanya."

-Salim A.Fillah @ Jalan Cinta Para Pejuang

ini kuasa hati.
ini kuasa nurani

hebat.
jika ia betul putih suci.

namun jika titik titik hitam terlakar penuh
makin musnahlah fungsi hati yang sepatutnya

Allah dah beri hati fitrahnya untuk mengenali kebaikan dan keburukan
tinggal kita untuk memilih

tapi saat hawa nafsu lebih didengari
dosa dan noda lebih disukai
nurani menjadi makin lirih suaranya
hingga satu ketika, hati mungkin mati rasa.

yang paling aku takutkan ialah keakraban hati
dengan kemungkaran dan dosa
jika suatu kedurhakaan berulangkali dikerjakan
maka jiwa menjadi akrab dengannya
hingga ia tak lagi peka, mati rasa.

-Hasan Az Zayyat, Rahimahullah-

Sunday, October 6, 2013

batu bata



andai foundation batu bata di bawah itu betul kukuh dan padu.
tapi batu bata di atasnya penuh cacat cela, tidak mampat, poros di sana di sini,
aku rasa bangunan yang tegak berdiri pasti tak mampu untuk dibina.

entah entah sekali angin bertiup kencang, musnah semuanya.
kecuali batu bata yang tahap paling bawah. yang tahap paling asas. yang tahap paling kukuh itu.

nak tahu, dalam mencapai UA, begitulah kita.
asas yang tahap paling kuat dan kukuh itu adalah hasil binaan Rasulullah dan para sahabat.
bayangkan betapa kuatnya mereka dalam menyampaikan Islam buat kita.
segala sakit jerih perit sanggup dirasai.
demi membawa Islam tu.

tapi andai kita yang sepatutnya menjadi binaan selepas selepas itu tak mampu kuatkan diri.
poros di sana di sini. masih terbelenggu dengan jahiliyyah yang memekat.
mana mungkin UA itu mampu dicapai. entah nanti runtuh di tengah jalan.

even hanya satu dua batu bata yang ada rosaknya, tapi tetap perjalanan untuk membina bangunan yang kukuh itu menjadi lambat.

memang benar. kita takkan pernah lari dalam membuat jahiliyyah. dan kerana itulah, kita takkan pernah berhenti dari mujahadah yang sakit. mujahadah yang perit itu.

dan jangan hanya menjadi orang di luar bangunan. yang hanya melihat UA bakal naik tapi langsung tiada niat untuk menyumbang. sungguh rugi.

tapi jadilah binaan binaan yang kukuh. yang mantap. yang mampu melajukan pembinaan bangunan itu. yang mampu melajukan pembinaan UA itu.

nah tengok video ni. mungkin boleh buka mata lagi luas.



"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." [5:54]

dakwah tak pernah perlukan kita. andai kita tak buat DnT ni, Allah masih akan datangkan satu kaum yang LEBIH BAIK untuk buat sunnah terbesar Rasulullah ini. cuma kitalah yang menjadi manusia yang paling rugi.

moga kekuatan itu terus hadir. supaya kita tak tercicir dari gerabak ini. moga cinta buat Dia terus memekar. agar kekuatan yang kita pohon itu datang. :')

kata seorang akhawat ini, andai benar kita memilih jalan DnT ini betul atas dasar cinta kepada Dia, pasti kita takkan terasa berat atau letih untuk teruskan perjalanan dalam jalan yang 'asing' ini.

moga Allah redha. 



Thursday, June 20, 2013

kata kuncinya sabar

bismillah.

pagi tadi pagi yang indah :')
sebelum lecturer masuk kelas, sempat la T&T sekejap
tiba tiba Allah sampaikan pada surah ar-Ra'd. ayat 22-24.

Dan orang yang sabar kerana mengharap keridaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tepat kesudahan yang baik, [22]

(iaitu) syurga-syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; [23]

(sambil mngucapkan) "Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." maka alangkah nikmatnya temat kesudahan itu. [24]


malam before tu pulak baru ja terbaca status APG. 

"Sabar aku pon ada hadnya!"

Bayangkan nanti bila selangkah lagi nak masuk sorga, tetiba ada palang ala-ala tol yang jatuh menghalang kita. Tertulis di situ,

"Maaf, di sini sahaja had anda. Kerana dahulu di dunia anda punya had untuk bersabar! Harap sabar ye."

Nanges.

SABAR.
bukan mudah untuk bersabar. ini seriusss. bukan mudah.
but then, kerana sabar itulah insya Allah syurga itu menjadi tempat kesudahan buat kita. :')
kerana sabar itulah para malaikat mengucapkan "salamun 'alaikum bima sobartum"

selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu.
ya. kerana kesabaran kita.

untuk kita terus ligat dalam legasi dakwah ini sekalipun memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
bila-bila masa sahaja ujian akan datang bertamu,
kalau kesabaran tiada, entah-entah kita mungkin bisa saja untuk tinggalkan jalan ni. :(

tapi sabar para du'at sekalian.
syurga tu terlalu mahal. terlalu ekslusif. 
mana mungkin kita bisa untuk mendapatkan syurga itu dengan hanya duduk goyang kaki di atas kerusi malas.
mana mungkin syurga itu menjadi milik kita seandainya kita hanya tahu mengeluh tatkala dugaan hadir.
mana mungkin. 

hati ini kadangkala perlu juga disapa dengan ujian.
biar ia tahu hatinya milik Tuhan. badannya milik Tuhan. segala-galanya milik Tuhan.
biar hati itu tidak alpa. tidak lalai dari mengingati Tuhannya yang satu itu. Allah. :')

Rasulullah pada zaman dulu diuji lagi beribu kali ganda hebat dari kita,
tapi kita baru ditampar sedikit, melatah kemain hebat.

jadi,
sabar. ya. itu kata kuncinya. sabar.
jalan dakwah tidak pernah mudah.
jalan dakwah tidak pernah sunyi dengan ujian
jalan dakwah terlalu panjang.

tapi jalan ini jalan yang diperjuangkan Rasulullah.
jalan ini juga yang sepatutnya menjadi pilihan kita.
bersabarlah para du'at. 
mehnah dan tribulasi dunia hanya untuk menguatkan kita
biar kita sedikit 'sakit' di sini,
asal kita 'senang' di 'sana'.

untuk ke syurga, SABAR kena ada.
kerana syurga itu harganya mahal. :)

"dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." 
[74:7]


Tuesday, February 12, 2013

simpulan itu

bila orang yang kita betul betul sayang tinggalkan kita.
apa yang kita rasa ?
sedih ? perit ? sakit ? pedih ?

bila barang yang kita betul betul sayang hilang.
apa yang kita rasa ?
meracau ? tak tentu arah ? sakit jiwa ?

bila kita rasa dunia dah tak indah seperti dulu.
bila kita kerap mencari kesempurnaan di dunia yang memang takkan sempurna ni.
bila kita sering mengharap orang, harta dan semua yang kita sayang takkan tinggalkan kita.

pernah tak kita terfikir ?
di mana sebenarnya aku letakkan pergantungan aku selama ini ?
di mana sebenarnya aku letakkan sandaran aku selama ini ?

pada manusia-manusia itu mungkin.
atau pada harta benda itu mungkin.
oh. selama ini dunia yang menjadi sandaran aku ?
*astaghfirullah*

di mana Allah di hati aku sebenarnya ?
di tangga ke-berapa aku letakkan Pencipta aku ?

ya. siapa kata senang.
untuk betul-betul meletakkan Dia sebagai tempat bergantung.
susah. sukar. itulah namanya mujahadah.
mujahadah untuk terus meletakkan Dia sebagai yang utama dalam segala hal.

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [2:256]

kalau betul berpegang hanya pada Dia.
percayalah bahawa simpulan itu tidak akan pernah putus.
now or later. it'll never break.

there is only one hand-hold that never breaks.
there is only one place where we can lay our dependencies.
there is only one relationship that should define our self-worth and only one source from which to seek our ultimate happiness, fulfillment, and security.
that place is God. Allah. 
-Yasmin Mogahed-

only Him. Allah. :')

monolog cahaya :

aku juga masih berusaha.
untuk terus meletakkan Dia sebagai yang utama.
dalam setiap aksi kehidupan.
biarpun sukar. biarpun payah.
aku kena berusaha !








\