Tuesday, February 25, 2014
menuju Tuhanmu
biar apa pun jalan yang kau pilih
asal ia menuju Tuhanmu
biar ceruk mana pun kau pergi
asal ia menuju Tuhanmu
ya.
asal ia menuju Tuhanmu
kerna Tuhan sendiri tak pernah rigidkan mana-mana formula untuk ke syurganya
jadi, pilihlah wasilah yang sesuai dengan kondisimu.
asal ia menuju Tuhanmu.
asal ia meraih redha Tuhanmu.
asal ia mendekati syurga Tuhanmu.
Allah,
redhakan tiap usaha kami.
redhakan tiap langkah kami
biar ia betul menuju hanya padaMu, Allah.
Tuesday, November 26, 2013
seketul daging bernama hati
" hati bicara tanpa kata, menjawab tanpa suara, dan sering menyengat tanpa terlihat. tapi ia terasa. sebab dari sanalah banyak tindakan dan perilaku kita mengambil kiblatnya. dari sana amal-amal dan segala proses kehidupan kita menapakkan pijakannya berupa niat dan tekad. maka Rasulullah menggambarkan, bahawa hati adalah raja. jika ia berdenyut baik, maka baik pula seluruh raga yang berdetak dalam iramanya. jika ia rosak, maka rosak pula semuanya."
-Salim A.Fillah @ Jalan Cinta Para Pejuang
ini kuasa hati.
ini kuasa nurani
hebat.
jika ia betul putih suci.
namun jika titik titik hitam terlakar penuh
makin musnahlah fungsi hati yang sepatutnya
Allah dah beri hati fitrahnya untuk mengenali kebaikan dan keburukan
tinggal kita untuk memilih
tapi saat hawa nafsu lebih didengari
dosa dan noda lebih disukai
nurani menjadi makin lirih suaranya
hingga satu ketika, hati mungkin mati rasa.
yang paling aku takutkan ialah keakraban hati
dengan kemungkaran dan dosa
jika suatu kedurhakaan berulangkali dikerjakan
maka jiwa menjadi akrab dengannya
hingga ia tak lagi peka, mati rasa.
-Hasan Az Zayyat, Rahimahullah-
Sunday, October 6, 2013
batu bata
andai foundation batu bata di bawah itu betul kukuh dan padu.
tapi batu bata di atasnya penuh cacat cela, tidak mampat, poros di sana di sini,
aku rasa bangunan yang tegak berdiri pasti tak mampu untuk dibina.
entah entah sekali angin bertiup kencang, musnah semuanya.
kecuali batu bata yang tahap paling bawah. yang tahap paling asas. yang tahap paling kukuh itu.
nak tahu, dalam mencapai UA, begitulah kita.
asas yang tahap paling kuat dan kukuh itu adalah hasil binaan Rasulullah dan para sahabat.
bayangkan betapa kuatnya mereka dalam menyampaikan Islam buat kita.
segala sakit jerih perit sanggup dirasai.
demi membawa Islam tu.
tapi andai kita yang sepatutnya menjadi binaan selepas selepas itu tak mampu kuatkan diri.
poros di sana di sini. masih terbelenggu dengan jahiliyyah yang memekat.
mana mungkin UA itu mampu dicapai. entah nanti runtuh di tengah jalan.
even hanya satu dua batu bata yang ada rosaknya, tapi tetap perjalanan untuk membina bangunan yang kukuh itu menjadi lambat.
memang benar. kita takkan pernah lari dalam membuat jahiliyyah. dan kerana itulah, kita takkan pernah berhenti dari mujahadah yang sakit. mujahadah yang perit itu.
dan jangan hanya menjadi orang di luar bangunan. yang hanya melihat UA bakal naik tapi langsung tiada niat untuk menyumbang. sungguh rugi.
tapi jadilah binaan binaan yang kukuh. yang mantap. yang mampu melajukan pembinaan bangunan itu. yang mampu melajukan pembinaan UA itu.
nah tengok video ni. mungkin boleh buka mata lagi luas.
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." [5:54]
dakwah tak pernah perlukan kita. andai kita tak buat DnT ni, Allah masih akan datangkan satu kaum yang LEBIH BAIK untuk buat sunnah terbesar Rasulullah ini. cuma kitalah yang menjadi manusia yang paling rugi.
moga kekuatan itu terus hadir. supaya kita tak tercicir dari gerabak ini. moga cinta buat Dia terus memekar. agar kekuatan yang kita pohon itu datang. :')
kata seorang akhawat ini, andai benar kita memilih jalan DnT ini betul atas dasar cinta kepada Dia, pasti kita takkan terasa berat atau letih untuk teruskan perjalanan dalam jalan yang 'asing' ini.
moga Allah redha.
Labels:
akhawat,
daurah,
mardhatillah,
tarbiyyah
Thursday, September 12, 2013
mujahadah
bila namanya mujahadah
it will never be easy.
lagi lagi bila berkait dengan hati dan perasaan.
perit. payah. susah. sakit. jatuh. terduduk.
just name it.
tapi mohon terus kuat wahai diri.
mohon terus teguh wahai hati.
mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis kan. :')
yang penting, redha Dia. semat itu dalam hati.

aku ingat saat langkah sedikit tempang,
kau akan hulurkan tangan.
tapi kau hanya hulurkan bayang
yang aku tak tercapai pun.
Sunday, September 8, 2013
statik. sakit. bangun.
lama tidak menulis.
bukan kerana bersara.
cuma sedang menyusun aksara.
bila terkenangkan memori lama
siapa sangka aku mampu berada di sini
bersama mereka yang ku cintai atas nama Dia
siapa sangka Allah pilih aku, kau untuk merasa jerit perih jalan ini.
kadang aku terfikir
apa sudah jauh aku berjalan
tapi rasanya masih tidak.
ada masa aku masih merangkak.
ada masa lambat meniarap
di saat terasa berisi, mungkin baru boleh laju mengejar.
cuma itulah. aku.
manusia kan. mana pernah sempurna sepanjang masa.
ada masa kaki perlahan melangkah.
pernah satu masa itu aku rasa statik yang amat menyakitkan.
sungguh. pernah kau rasa statik ?
statik yang tak bergerak.
graf kau maintain ja. padahal bukan maintain pun. jatuh menjunam mungkin.
saat itu sakitnya hanya Allah yang tahu.
kau ingin bergerak tapi kau tak tahu nak mula di mana.
kau ingin berlari tapi kau tak tahu mana nak cari energy
kau ingin terbang tapi kau tak tahu sayap mana mahu dibeli.
last last kau senang sendiri.
tapi itulah gunanya support system yang mantap.
seorang seorang hadir.
kata yang A. tarbiyyah dzatiyyah kena kuat.
kata yang B. hubungan dengan murobbi kena super.
kata yang C. kau orang yang ditarbiyyah kan. takkan nak kena suap lagi. work for the spark. kau cari sampai jumpa. gali sampai habis. mana boleh manja lemah gemalai lagi. kata nak jadi dai'e.
sentap.
"katakanlah, "sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat." ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata." [az-Zumar:15]
sampai bila nak rugikan diri sendiri dengan jadi statik.

Tuesday, August 6, 2013
aku dan mereka
mereka hadir mewarnakan kanvas kisah hidup aku.
di mana suka dan duka dikongsi bersama.
derai tangis tawa hiba dilalui bersama
gelak tawa senyum ceria dirasai bersama.
syukur Allah.
kerana menghadirkan mereka
kerana menghadiahkan mereka
tarbiyyah aku bersama mereka
dakwah aku bersama mereka
gerak kerja aku bersama mereka
susah senang aku bersama mereka
walau ada di antara mereka yang makin jauh.
jauh dari segi jasad. namun aku tahu hati itu masih utuh bersatu
hanya satu yang ku pinta ya Allah,
temukan kami di syurgaMu.

"Hati-hati itu akan kembali bertemu andai terus diyakinkan pada hati..
bahwa, akan ada pertemuan semula..yang lagi menjanjikan kemanisan"
bahwa, akan ada pertemuan semula..yang lagi menjanjikan kemanisan"
Itu, di surga DIA :’)
Thursday, June 20, 2013
kata kuncinya sabar
bismillah.
pagi tadi pagi yang indah :')
sebelum lecturer masuk kelas, sempat la T&T sekejap
tiba tiba Allah sampaikan pada surah ar-Ra'd. ayat 22-24.
pagi tadi pagi yang indah :')
sebelum lecturer masuk kelas, sempat la T&T sekejap
tiba tiba Allah sampaikan pada surah ar-Ra'd. ayat 22-24.
Dan orang yang sabar kerana mengharap keridaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tepat kesudahan yang baik, [22]
(iaitu) syurga-syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; [23]
(sambil mngucapkan) "Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." maka alangkah nikmatnya temat kesudahan itu. [24]
malam before tu pulak baru ja terbaca status APG.
"Sabar aku pon ada hadnya!"
Bayangkan nanti bila selangkah lagi nak masuk sorga, tetiba ada palang ala-ala tol yang jatuh menghalang kita. Tertulis di situ,
"Maaf, di sini sahaja had anda. Kerana dahulu di dunia anda punya had untuk bersabar! Harap sabar ye."
Nanges.
SABAR.
bukan mudah untuk bersabar. ini seriusss. bukan mudah.
but then, kerana sabar itulah insya Allah syurga itu menjadi tempat kesudahan buat kita. :')
kerana sabar itulah para malaikat mengucapkan "salamun 'alaikum bima sobartum"
selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu.
ya. kerana kesabaran kita.
untuk kita terus ligat dalam legasi dakwah ini sekalipun memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
bila-bila masa sahaja ujian akan datang bertamu,
kalau kesabaran tiada, entah-entah kita mungkin bisa saja untuk tinggalkan jalan ni. :(
tapi sabar para du'at sekalian.
syurga tu terlalu mahal. terlalu ekslusif.
mana mungkin kita bisa untuk mendapatkan syurga itu dengan hanya duduk goyang kaki di atas kerusi malas.
mana mungkin syurga itu menjadi milik kita seandainya kita hanya tahu mengeluh tatkala dugaan hadir.
mana mungkin.
hati ini kadangkala perlu juga disapa dengan ujian.
biar ia tahu hatinya milik Tuhan. badannya milik Tuhan. segala-galanya milik Tuhan.
biar hati itu tidak alpa. tidak lalai dari mengingati Tuhannya yang satu itu. Allah. :')
Rasulullah pada zaman dulu diuji lagi beribu kali ganda hebat dari kita,
tapi kita baru ditampar sedikit, melatah kemain hebat.
jadi,
sabar. ya. itu kata kuncinya. sabar.
jalan dakwah tidak pernah mudah.
jalan dakwah tidak pernah sunyi dengan ujian
jalan dakwah terlalu panjang.
tapi jalan ini jalan yang diperjuangkan Rasulullah.
jalan ini juga yang sepatutnya menjadi pilihan kita.
bersabarlah para du'at.
mehnah dan tribulasi dunia hanya untuk menguatkan kita
biar kita sedikit 'sakit' di sini,
asal kita 'senang' di 'sana'.
untuk ke syurga, SABAR kena ada.
kerana syurga itu harganya mahal. :)
"dan kerana Tuhanmu, bersabarlah."
[74:7]
Labels:
mardhatillah,
tarbiyyah
Tuesday, June 11, 2013
asap asap kelabu
bismillah.
kanvas putih ini telah lama menyepi.
dakwat hitam sudah lama tidak tertumpah.
aku seakan-akan sedang mencari kata yang terbaik untuk dicoretkan
moga coretan ini menjadi saham bagi pandangan Illahi.
aku melihat di sekelilingku
pandanganku seakan-akan kabur
mana satu putih, mana satu hitam
langsung tak dapat aku bezakan
yang aku nampak hanyalah kelabu
di sana kelabu, di sini kelabu
aku mendongak langit
jiwaku seakan-akan pedih
mungin aku penat ditipu oleh dunia
atau mungkin juga aku letih melihat muslihat manusia
atau sebenarnya sakit mengenangkan tenatnya kita
aku seakan lemas dalam dunia ini.
di mana oksigen yang aku perlukan
aku buntu. aku bingung.
ya Allah, bantu aku. pimpin aku.
aku tidak mahu selamanya lemas.
aku tidak mahu selamanya dikelilingi kegelapan.
aku mahu tahu yang mana satu putih. yang mana satu hitam.
supaya aku dapat bezakan yang mana satu hak. yang mana satu batil.
akhawat, sahabat.
tolong aku. ingatkan aku tatkala aku terleka
tarik aku tatkala aku terjatuh.
kejutkan aku tatkala aku tertidur.
sampaikan kebenaran itu pada aku.

"Dan janganlah kamu campur adukkan kebenaran dengan kebatilan, dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya." [2:42]
Thursday, May 9, 2013
aku rindu
Rindu.
Allah, moga rindu ini membawa kami lebih dekat kepadaMu.
with loves,
from terengganu
Friday, April 5, 2013
usaha. sabar. yakin. percaya. tawakkal.
bismillah
mesti batch mate tengah berdebar nak exam. aku juga begitu.
bersungguh sungguh pulun hingga ke titis peluh yang terakhir kan. [tapi aku sempat update blog kejap >.<]
tapi pernah tak di satu ketika itu.
kita rasa helpless ?
ketahuilah wahai sahabat,
"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." [74:7]
dan yang paling penting,
biar apa yang kita usahakan itu betul niatnya hanya kerana Allah.
dan pulangkan semula kepada Allah untuk urusan natijah selepas itu.
kerana natijah itu memang dari Allah. hanya dari Dia.
tetapi sunnatullahnya begini, kalau kita inginkan kejayaan, usaha haruslah didahulukan. :)
Allah takkan bagi kejayaan secara percuma kepada kita. usaha itu perlu.
cuma dalam tiap langkah kita berusaha, hadirkanlah Allah dalam diri di setiap saat. hadapilah segalanya dengan adanya Allah di hati. sebab kita tahu hanya Dia yang dapat bantu kita. bukan orang lain.
percaya tak ni ?
dan wahai sahabat,
jangan sesekali dilupakan simpulan tali kebergantungan kepada Dia.
pastikan simpulan itu utuh di setiap saat. di setiap ketika. dan di setiap detik.
kerana kalau kita ini beriman kepada Dia, kita pasti percaya bahawa Dia sememangnya akan bagi yang terbaik buat kita kan ?
Allah jua berfirman,
"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan baginya." [65:3]
kita kata kita percaya.
jadi percayalah bahawa Allah itu penulis terbaik, pelukis terbaik dan perancang terbaik.
titipkan kebergantungan itu di setiap hela nafas.
moga Allah memudahkan urusan kita ini.
moga segala usaha ini akan lebih dekatkan diri kita dengan redha Dia.
dan jangan pernah berhenti minta dari Dia. :)
ini janji Allah. jangan ragu. tapi YAKIN.
mari jadi hamba yang beriman. moga Dia redha.
Allahu yusahhil. :')
final is coming nearer nearer and nearer.
hari ni Jumaat. lagi 3 hari.
esok Sabtu, lagi 2 hari.
lusa Ahad, lagi 1 hari.
eh, tulat Isnin. no more lagi hari. >.<
There you go, final is really coming.
mesti batch mate tengah berdebar nak exam. aku juga begitu.
bersungguh sungguh pulun hingga ke titis peluh yang terakhir kan. [tapi aku sempat update blog kejap >.<]
tapi pernah tak di satu ketika itu.
kita rasa helpless ?
ketahuilah wahai sahabat,
bila kepenatan menjelma, bersabarlah.
bila keletihan hadir, bersabarlah.
bila ketakutan menguasai, bersabarlah.
bila putus asa menghampiri, bersabarlah.
"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." [74:7]
biar apa yang kita usahakan itu betul niatnya hanya kerana Allah.
dan pulangkan semula kepada Allah untuk urusan natijah selepas itu.
kerana natijah itu memang dari Allah. hanya dari Dia.
tetapi sunnatullahnya begini, kalau kita inginkan kejayaan, usaha haruslah didahulukan. :)
Allah takkan bagi kejayaan secara percuma kepada kita. usaha itu perlu.
cuma dalam tiap langkah kita berusaha, hadirkanlah Allah dalam diri di setiap saat. hadapilah segalanya dengan adanya Allah di hati. sebab kita tahu hanya Dia yang dapat bantu kita. bukan orang lain.
percaya tak ni ?
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu ? Karena itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.
[3 : 160]
dan wahai sahabat,
jangan sesekali dilupakan simpulan tali kebergantungan kepada Dia.
pastikan simpulan itu utuh di setiap saat. di setiap ketika. dan di setiap detik.
kerana kalau kita ini beriman kepada Dia, kita pasti percaya bahawa Dia sememangnya akan bagi yang terbaik buat kita kan ?
Allah jua berfirman,
"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan baginya." [65:3]
kita kata kita percaya.
jadi percayalah bahawa Allah itu penulis terbaik, pelukis terbaik dan perancang terbaik.
titipkan kebergantungan itu di setiap hela nafas.
moga Allah memudahkan urusan kita ini.
moga segala usaha ini akan lebih dekatkan diri kita dengan redha Dia.
dan jangan pernah berhenti minta dari Dia. :)
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka itu
memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu agar
mereka memperoleh kebenaran. "
[2:186]
ini janji Allah. jangan ragu. tapi YAKIN.
mari jadi hamba yang beriman. moga Dia redha.
Allahu yusahhil. :')
Tuesday, February 12, 2013
simpulan itu
bila orang yang kita betul betul sayang tinggalkan kita.
apa yang kita rasa ?
sedih ? perit ? sakit ? pedih ?
bila barang yang kita betul betul sayang hilang.
apa yang kita rasa ?
meracau ? tak tentu arah ? sakit jiwa ?
bila kita rasa dunia dah tak indah seperti dulu.
bila kita kerap mencari kesempurnaan di dunia yang memang takkan sempurna ni.
bila kita sering mengharap orang, harta dan semua yang kita sayang takkan tinggalkan kita.
pernah tak kita terfikir ?
di mana sebenarnya aku letakkan pergantungan aku selama ini ?
di mana sebenarnya aku letakkan sandaran aku selama ini ?
pada manusia-manusia itu mungkin.
atau pada harta benda itu mungkin.
oh. selama ini dunia yang menjadi sandaran aku ?
*astaghfirullah*
di mana Allah di hati aku sebenarnya ?
di tangga ke-berapa aku letakkan Pencipta aku ?
ya. siapa kata senang.
untuk betul-betul meletakkan Dia sebagai tempat bergantung.
susah. sukar. itulah namanya mujahadah.
mujahadah untuk terus meletakkan Dia sebagai yang utama dalam segala hal.
there is only one hand-hold that never breaks.
there is only one place where we can lay our dependencies.
there is only one relationship that should define our self-worth and only one source from which to seek our ultimate happiness, fulfillment, and security.
that place is God. Allah.
-Yasmin Mogahed-
only Him. Allah. :')

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [2:256]
kalau betul berpegang hanya pada Dia.
percayalah bahawa simpulan itu tidak akan pernah putus.
now or later. it'll never break.
there is only one place where we can lay our dependencies.
there is only one relationship that should define our self-worth and only one source from which to seek our ultimate happiness, fulfillment, and security.
that place is God. Allah.
-Yasmin Mogahed-
only Him. Allah. :')
monolog cahaya :
aku juga masih berusaha.
untuk terus meletakkan Dia sebagai yang utama.
dalam setiap aksi kehidupan.
biarpun sukar. biarpun payah.
aku kena berusaha !
Labels:
life,
mardhatillah,
tarbiyyah
Friday, January 25, 2013
tolakan kecil dalam langkahan itu.
baru ditolak dua tiga kali.
hati dah rasa sangat susah untuk menerima.
wahai diri, sedarkah engau berapa banyak kali Rasulullah ditolak dakwahnya zaman dahulu ?
tapi baginda tak pernah nak berputus asa.
biar dikeji, dihina, hatta dibaling najis sekalipun,
dakwah itu tetap Rasulullah gerakkan.
malu sendiri aku saat mengenangkan tabahnya baginda.
pilu sendiri aku saat mengenangkan keprihatinan baginda kepada umatnya
sehinggakan di saat akhir nafasnya, masih "ummati, ummati" yang meniti di bibirnya.
Allah.
sedarlah wahai diri,
jika aku yang sukar menerima tolakan ini jelas tidak mahu mengubah sikapku.
jika aku yang suka membuat persepsi sendiri ini jelas tidak mahu mengubah sikapku.
jika aku yang sukar untuk membina kekuatan itu jelas tidak mahu mengubah sikapku.
akan lambatlah gerakan dakwah ini ! *nangesss*
biar mereka menolak.
janji engkau tetap berusaha.
biar mereka memandangmu pelik,
janji engkau tahu Rasulullah sedang tersenyum melihat usaha-usahamu itu.
biar engkau menjadi asing, kerana kata Rasulullah, orang-orang asing itulah yang akan bahagia nanti.
Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:
“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).
Hadis Riwayat Muslim
walaupun ada tolakan di saat engkau mula menyeru, tetapi ingatlah masih ada yang mahu menerima.
masih ada di luar sana hati-hati yang masih belum disentuh.
masih ada di luar sana jasad-jasad yang belum diubah.
kerja kita masih belum selesai selagi ustaziatul 'alam itu tak tercapai !
bangkit ! tempur !
monolog cahaya :
langkah ini masih lagi tidak setanding dengan peritnya Baginda ketika mula menyebarkah dakwah
tetapi biarlah langkah langkah kecil ini yang akan menguatkan.
biarlah langkah langkah kecil ini yang akan menjadi titik tolak untuk kita terus melangkah dengan lebih jauh.
baru sedikit rasa yang diberi Allah berbanding pengorbanan baginda yang terlalu jauh besar itu.
moga dengan rasa yang dikurnia Allah ini.
aku, dia dan mereka akan terus untuk kuat dalam langkahnya dalam menggerakkan dakwah dan tarbiyyah ini.
moga Allah redha.
Tuesday, December 25, 2012
masam manes
Dua malam
bersama mereka.
Aku rasakan
seolah oleh bahagia itu milik aku. (eh. Over betul ayat ni >.<)
Kasih
terlerai. Rindu terungkap.
Malam itu.
Bulan dan bintang menjadi saksi.
Kami
bercinta lagi dalam bulatan kami sendiri. Duduk-duduk atas toto. :D
Menyambut
kedatangan sang murobbi.
Sungguh.
Rindu yang selama ini terpendam aku rasakan seolah-olah terlerai tika itu.
Air mata
menitis. Setitis. Dua titis. Itulah penangan ikatan hati yang tersimpul
Ukhuwwah
yang betul-betul atas nama Dia. Insya Allah.
Aku masih
ingat dengan mesej yang diterima dari sang murabbi sebelum itu. Katanya. “
tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ukhuwwah dan rasa kebersamaan pada
saat ini.”
Betul. Kami
sudah tidak berada dalam satu bulatan yang sama. Tapi rasa kebersamaan itu
sentiasa ada. Semangat yang si murabbi pernah tanam dalam diri setiap seorang
dari kami itu seolah-olah sudah tertanam utuh di lubuk yang paling dalam. Biar
jarak itu menjadi pemisah. Tapi itulah magiknya hasil ikatan hati itu.
Di malam
yang indah itu, sang murabbi itu berkongsi. Katanya “murabbi/naqibah itu adalah
nikmat/anugerah dari Allah.” Jadi, bila katanya anugerah/nikmat, perasaan
bersyukur itu harus ada bukan. Sungguh, Alhamdulillah untuk nikmat itu. Mungkin
dia bukan naqibah aku pada tika ini, tetapi selamanya dia akan menjadi murabbi
pada kami, mereka dan orang lain. dan Allah dah atur sebaik mungkin untuk aku
dan yang lain dengan kehadiran naqibah baru yang super osem. Bersyukur itu perlu
ada. :)
Katanya
lagi. kadang, kita ini sudah terlalu biasa dengan sesuatu perkara. Contohnya
usrah. Dan sampai kita juga menjadi terlalu biasa untuk mencari kemanisan di
sebalik sesuatu perkara. Walhal, untuk mencari kemanisan itu tanggungjawab
kita. Kalau kita sendiri taknak berusaha, mana mungkin kita akan dapat
kemanisan itu. Kalau kita tidak bersusah payah, mana mungkin kita akan rasa
manisnya mujahadah itu. Sama kan equation dia. :)
Kadang kita
kata kita lelah mujahadah, tapi pernah kita Tanya “mutabaah amal aku terjaga atau
tidak ?”. karat-karat jahiliiyah itu masih melekat kalau mutabaah pun ke laut.
Banyak masa kita sudah diisi dengan benda-benda duniawi. Sampai satu tahap,
kita umpama hanya memberi sisa-sisa masa yang kita ada untuk Allah. *ouch.tepuk
dahi.nanges laju-laju* betul kan. Takkan selamanya kita hanya nak bagi
sisa-sisa masa ja dekat Pencipta kita. Cuba bayangkan kalau Allah pun bagi
sisa-sisa kasih sayang Dia ja dekat kita. *uhuk.potong bawang* mari sama-sama
muhasabah.
Aku tertarik
dengan satu ayat ni. “orang yang ditarbiyyah akan ubah perspektif”. Ohooo.
Takkan selamanya nak tengok sesuatu dari kaca mata dunia. Jom ubah jadi kaca
mata akhirat. Dan takkan hanya nak tengok dari kaca mata manusia biasa. Kata
kita orang yang ditarbiyyah. Harus la pakai kaca mata tarbiyyah. Sebab Allah
takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia kan. Jadi, kita ni yang katanya sudah
ditarbiyyah, cari ibrah, cari hikmah atas setiap yang berlaku. Baru rasa manis
itu ada. Baru boleh jatuh chenta dengan Allah. baru boleh percaya dengan setiap aturan Allah yang Maha Hebat itu.
Akhirul
kalam.
“ Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." [2:152]
Kata Allah,
ingatlah Dia, baru Dia akan ingat kita. biar susah sekarang, janji nanti kat syurga dapat senang-senang. janji Allah itu benar buat hamba-hambaNya yang betul-betul percaya. percaya itu apa ? percaya itu IMAN ! :)
kata cahaya :
Ada orang
pernah kata, kalau Muslim itu tahu matlamat hidup dia, dia memang akan rasa
letih sebab dia tahu istirehat yang sebenar hanya bila dia dah dapat genggam
jannah tu. Tapi aku ni kadang-kadang relax jugak lebih. Astaghfirullah. T.T”
oh ya. dan maaf. post ini lagaknya kurang teratur >.<
oh ya. dan maaf. post ini lagaknya kurang teratur >.<
Labels:
akhawat,
bulatan chenta,
life,
mardhatillah
Thursday, November 22, 2012
sang pelangi yang menjadi idaman.
kita sibuk mencari di mana sang pelangi.
sedangkan kehadiran hujan dan cahaya matahari itu tidak pernah dihargai.
padahal, pelangi itu hanya boleh terbentuk tika mana berlakunya gabungan cahaya matahari dan hujan di saat tertentu dan di sudut tertentu.
menarik bukan ciptaan Illahi. hujan itu mampu biaskan satu cahaya menjadi tujuh warna yang mana bila kita melihat, terlompat-lompat eksaited. itulah warna celupan Allah yang sangat menakjubkan.
sanggup berhentikan kereta, moto, basikal. tengok pelangi puas puas. tangkap gambar pelangi puas puas. kan kan ?
eh tak ke ?? aku dulu ye. :D
and even ada matahari. ada hujan. tapi tak semua masa adanya pelangi betul tak ? betul kan ?
cuba kita ni relatekan watak watak tadi dalam kehidupan kita. sang matahari menjadi amalan wajib. sang hujan menjadi amalan sunat. dan sang pelangi itulah hasil gabungan amalan-amalan itu.
kalau sang matahari berdiri sorang sorang. tanpa adanya hujan. pelangi tak terbentuk jugak. kalau sang hujan turun membasahi bumi sorang sorang tanpa adanya sang matahari, pelangi tak muncul jugak.
matahari. kehadiran dia menjadi rutin dalam hidup ni kan. setiap hari mesti ada jugak even sekejap. and rasanya takde pulak kita nak cakap. "Allah, ajaibnya matahari hari ni" erm erm. macam jarang je.
hujan pulak. kadang-kadang bila mana Allah perintahkan untuk dia membasahi bumi ni, baru dia akan turunkan titisan air hujan tu. kadang-kadang ada. kadang kadang tak.
pelangi. ha. ni lagilah rare nak jadi. bila syarat syarat tertentu dah dipenuhi, barulah pelangi ni boleh terbentuk. tapi kehadiran pelangi ni la yang paling buat orang eksaited tahap giga. eh.
macam tu jugak kita.
amalan wajib tu dah macam rutin kita kan. solat 5 waktu. puasa bila dalam bulan Ramadhan. bayar zakat bila dah cukup syarat. etc.
amalan sunat pulak. kadang kadang ada. kadang kadang mutabaah pun tak tercapai goal. *tepukdahi* dhuha. puasa sunat. zikir. sedekah. qiam. rawatib. baca Quran. etc
and bila mana amalan wajib itu mampu untuk bergabung dengan amalan sunat ini lah yang sebenarnya akan hasilkan celupan Allah macam pelangi tu.
kesan yang akan kita dapat untuk diri kita sendiri. kesan yang bila mana gabungan itu mantap, diri kita sendiri jugak akan rasa tingginya iman tatkala itu. kesan yang mana akan membuatkan kita rasa lagi dekat dengan Sang Pencipta. kesan yang mana akan membuatkan kita mungkin lebih dicintai Allah.
kerana ada hadis yang berbunyinya begini. ehem ehem ehem.
Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:
"Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya." (Riwayat Imam Bukhari)
siapa yang taknak kasih sayang Allah tu. cuba cakap. semua orang nak. semua orang nak Allah cinta kepadanya. semua orang nak Allah kasih kepadanya. semua orang nak Allah menjadi telinga, mata, kaki dan tangan buatnya. semua orang nak Allah makbulkan permintaannya. semua orang nak berada di bawah perlindungan Dia.
tapi sahabat,
pelangi ni takkan terjadi kalau matahari dan hujan itu tidak seiring. pelangi ini tak akan terjadi kalau matahari dan hujan itu tidak bersama.
ayuh ! muhasabah diri. diri ini juga terlalu banyak khilafnya.
oh ya. kredit untuk mak singa tersayang. kerana dia yang berkongsi cerita ini. :')
Labels:
life,
mardhatillah
Saturday, October 13, 2012
aku tahu !
aku melihat mereka.
ya Allah. sungguh, aku kagum dengan mereka.
betapa tingginya keyakinan mereka.
betapa kuatnya keazaman mereka.
betapa hebatnya semangat mereka.
aku lihat mereka. dan aku dapat lihat diri aku pada mereka.
ya, itu aku pada satu waktu dahulu.
itu aku ! aku pernah rasakan apa yang mereka rasakan saat ini.
saat di mana aku pertama kali menerima tempias tarbiyyah itu.
saat di mana aku mendapat jengukan hidayah itu.
aku teringat betapa kuatnya semangat aku tika itu.
aku tercari-cari. kerana aku tahu hati aku perlu diisi.
aku mahu semangat itu terus hadir.
supaya tika aku lemah, semangat itu akan terus menguatkan aku.
aku mahu semangat itu terus muncul.
supaya tika aku jatuh, semangat itu akan terus memapah aku.
kerana aku tahu,
aku tak selalunya kuat.
tapi aku juga tahu satu perkara.
Allah itu Maha Adil. takkan Dia uji hamba-hambaNya melainkan apa yang terdaya.
dan aku juga masih percaya.
bahawa ada sebab Allah pilih aku untuk terus meniti jalan ini.
dan aku juga tahu. aku harus bersyukur untuk itu.
jalan ini bukan disusuri dengan karpet merah yang terbentang indah.
tapi jalan ini dibayangi dengan onak duri yang penuh ranjau.
tapi untuk gapai redha Dia. untuk kejar cinta Dia. untuk dapat syurga Dia.
aku tahu ! aku harus terus meniti jalan ini. kerana apa ???
kerana aku Muslim ! aku abid ! aku khalifah !
Islam tak perlukan aku pun. tapi aku sangat perlukan Islam !
Islam tak perlukan aku untuk menang. kerana al-Haq pasti menang ! itu janji Allah.
tapi aku ?? aku mahu berada dalam sebahagian yang menjadi penyebab Islam itu menang !
aku mahu ! aku nak !
ada masanya,
aku jadi sakit melihat umat yang semakin tenat.
aku jadi penat dengan muslihat dunia yang tak pernah berhenti.
aku penat ! aku letih terperangkap !
jadi aku tahu ! dunia ini harus aku lihat dengan kaca mata tarbiyyah !
tapi aku juga tahu.
pergantungan kepada Allah itu adalah segala-galanya.
ujian itu dari Dia. kekuatan itu dari Dia. nikmat itu dari Dia.
jadi kepada siapa aku harus kembali.
tentulah kepada Dia. :)
Allah ya Rabb.
jangan Kau bolak balikkan hati kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami.
aku takut untuk jauh dari Dia.

pesan sahabatku.
"jika engkau merasa bahawa segala yang ada di sekitarmu gelap dan pekat, tidakkah dirimu curiga bahawa engkaulah yang dikirim Allah untuk menjadi cahaya bagi mereka ? berhentilah mengeluhkan kegelapan itu. kerana sinarmulah yang mereka nantikan. berkilaulah sahabat".
pesan mak singa.
jika mahu himmah sntiasa tinggi, lakukan tajdid skrg! Perubahan perlu tegar!
pesan mak singa.
jika mahu himmah sntiasa tinggi, lakukan tajdid skrg! Perubahan perlu tegar!
berhenti mengeluhkan kegelapan !
kerana sinar kita yang mereka sedang nantikan.
berhenti mengeluhkan keadaan ummah.
kerana usaha kita jauh lebih penting dari keluhan itu.
lakukan perubahan sekarang.
sementara himmah itu masih tinggi.
berhenti mengeluhkan keadaan ummah.
kerana usaha kita jauh lebih penting dari keluhan itu.
lakukan perubahan sekarang.
sementara himmah itu masih tinggi.
moga Allah terus thabatkan hati-hati kita atas jalan dakwah ini.
Labels:
life,
mardhatillah
Saturday, August 11, 2012
ini dunia aku
subhanAllah.
entah bagaimana bibir nak ucapkan syukur pada Allah.
terlalu banyak nikmat yang diberikan. terlalu banyak kurnia yang telah dicampakkan.
sekali lagi. setelah sekian lama air mata tak mengalir disebabkan Dia.
hari ni, akhirnya sebuah penantian terasa amat berbaloi.
dikelilingi akhwat. pelukan mereka inspirasi saya. pelukan mereka semangat saya. pelukan mereka kekuatan saya.
di mana saat aku rasa diri sangat futur. lemah tak terdaya.
mereka turut rasakan perasaan itu. Allah. kami bencikan penyakit futur itu.
tiap kali perasaan itu hadir. sedaya mungkin menghalau. sedaya mungkin menepis.
lemahnya bila kita berseorangan. tapi bila dalam kelompok yang dikelilingi akhawat, sinergi itu datang. semangat itu hadir. kekuatan itu menjelma.
betul la kata mak singa. hati kita ni bukan hanya boleh dibasahkan bila kita diberi perkongsian oleh penceramah-penceramah yang hebat. cukup bila akhawat yang memang seiring dengan kita mula berkongsi. imbas balik apa yang berlaku malam tadi. dan pagi tadi. semua bicara mereka. aku rasakan seolah-oleh hentakan dari Dia. pukulan dari Dia. bangkitlah wahai hati yang lemah. bangkitlah wahai hati yang berputus asa. bak kata kak Nana, Allah itu memang menguji kita pada titik kelemahan kita. tapi didi kata, kalau matlamat kita besar, iaitu lillahi ta'ala, segala ujian itu akan jadi benda kecil untuk kita. ujian itu sentuhan dari Dia. ujian itu belaian dari Dia. mungkin untuk menyedarkan. mungkin untuk mendekatkan. mungkin untuk menghapuskan dosa. hanya Dia yang mengetahui. kita sebagai hamba. terima ujian itu. biar hati betul-betul redha bukan hanya pasrah.
mana pernah aku bayangkan aku akan hidup dalam dunia tarbiyah ini. aturan Dia sangat hebat. Allah kirimkan akhwat sebagai pengingat. Allah kirimkan akhawat sebagai pencetus semangat. Allah kirimkan akhawat sebagai pembimbing jiwa. agar hati sentiasa basah. agar hati sentiasa dekat. agar hati sentiasa dapat rasa manisnya iman. sungguh. rindu yang terpendam selama ni. terasa dah diluahkan. rindu untuk mendengar kata-kata yang sering mengajak untuk terus thabat atas jalan yang insyaAllah, Allah redha. rasa Ramadhan yang hanya berbaki 10 hari ni, semalam baru rasakan ini Ramadhan yang aku nak. selama ni entah di mana hati berlari. entah di mana hati melayang. tapi syukur. aku sempat kejar balik hati tu. simpan dia elok-elok. jaga dia rapi-rapi. supaya biar hati itu, rasa dekat dengan Allah. biar hati itu, rasa takut dengan Allah. biar iman yang jaga hati itu.
bila mak singa berbicara pasal kampung. air mata mengalir laju. mana kampung aku ? mana destinasi aku ? sesungguhnya bukan kampung halaman di dunia yang dikejar. tapi biarlah diri sentiasa kejar kampung yang memang kekal di sana. Allah, kami ingin sampai ke kampung kami jannah Firdausi itu. Allah, kami ingin sama-sama ke sana. melihat Engkau ya Allah. melihat Rasulullah. itu harapan kami.
biar aku pasang harapan. kerana dengan harapan itu, aku berharap aku akan terus berusaha. akan aku terus ketuk pintu Tuhanku, untuk terus kejar redha Dia. kerana itulah aku. pencari redha Illahi.

Wednesday, August 1, 2012
kekuatan itu
tersenyum. itu yang tengah saya lakukan. bila saya baca blog dia. saya senyum. hati melafazkan tahmid. kenapa ? kenapa ? kenapa ? sebab saya tahu semakin hari, dia semakin kuat.
saya masih ingat lagi dulu. macam mana kami lalui detik itu. bukan dia seorang. tapi kami semua merasainya. bukan senang untuk dia terus melangkah. setiap hari ada mesej yang diterima. katakan dirinya tak kuat. katakan dirinya tak mampu. tapi hari ni. saya mempu tersenyum melihat diri dia. saya tahu bukan mudah untuk kekuatan itu dibina. bukan mudah untuk dia bangkit dari fasa kejatuhan dia. bukan senang. bukan mudah. semua itu memerlukan pengorbanan yang sangat besar.
tapi betul la. kadang-kadang Allah beri ujian untuk hamba-Nya supaya kita ni lebih dekat dengan Dia. dukacita itu mendekatkan diri dia dengan ya Rabb. kegagalan itu membuatkan dia lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang. mungkin saya tak dapat lihat macam mana dia bangun. tapi saya tahu ujian itu telah mematangkan dirinya.
buat kamu. percayalah bahawa. ujian ini merupakan tarbiah dari Dia. kadang-kadang kita tak nampak hikmah yang terselit. tapi kita percaya bahawa setiap yang berlaku, itu adalah yang terbaik kan. buat kamu. saya dan keluarga sentiasa doakan yang terbaik buat kamu di sana.
hah. ingat. Dia sentiasa ada untuk menjadi tempat kita bersandar dan memohon pertolongan.
hah. ingat. Dia sentiasa ada untuk menjadi tempat kita bersandar dan memohon pertolongan.
sekarang. bibir mampu mengukir senyuman. kerana saya tahu setiap langkah yang dia mulakan kini adalah hasil daripada kekuatan yang telah sekian lama dibina. alhamdulillah :)
ya Allah, lindungi dan jagalah dirinya walau di mana dia berada. berikan dia secebis kekuatan untuk terus menghadapi ujian hidup ini. rahmatilah dirinya dan berikanlah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan di akhirat.
Sunday, July 22, 2012
ini cerita Nur
ini cerita Nur.
Nur baru balik dari sebuah kem. penat letih. esoknya puasa. malam tu Nur dan rakannya, Yaya nak balik kampung di pantai timur. Yaya cakap. dia dah suruh Rara belikan tiket. Rara cakap, abang kaunter tu kata, tak payah bayar lagi. malam nak naik tu baru pergi ambil tiket and bayar. kami betiga pelik. tapi takpela. dah abang tu cakap macam tu kan.
malam tu. Nur dan Yaya dah eksaited nak balik kampung halaman. nak sambut Ramadhan dengan parents. pukul 8.45, Nur dan Yaya naik teksi pergi stesen bus. bas kami sepatutnya pukul 10. sampai sana, mereka pergi kaunter tiket. nak claim tiket. tapi entah kenapa. mereka diuji, abang tu cakap. takde pun tiket yang direserve kan. seat pun dah full. ada 1 seat je yang kosong. Nur terkelu. dia tengok Yaya. Yaya sehabis mungkin suruh abang tu cari tiket untuk kami berdua. sebab bagi kami, abang yang dekat stesen bas hari tu la yang bersalah mungkin. kami nak beli tiket, tapi abang tu yang kata tak payah. Nur cuba buat muka slumber. Nur dah tak tahu nak buat apa actually. dia pun duduk dan telefon ibu. waktu cakap dengan ibu, tiba-tiba dia sedar. eh. ada air mata. laju la pulak. >.< ya. Nur sedih tapi Nur tahu ini ujian dari Allah. Nur tahu dia kena usaha. dia kena kuat. tapi entah kenapa. Nur rasa tak tahu nak buat apa. Nur dah macam tekad taknak balik kampung. biar Yaya je yang balik. tapi Yaya cakap. tunggu dulu, kita usaha dulu. abang tu tengah usaha jugak. Nur dah macam nak telefon kak Nini sebab nak mintak tumpang tidur. sebab housemates Nur semua balik kampung.
dalam menangis tu. tiba-tiba kawan Nur, Nana datang. Dia panggil Nur. Nur peluk Nana. Nur taktahu nak buat apa dah. Nana nak naik bas dah waktu tu. sebelum pergi naik bas. Nana cakap. "sabar ea. doa kat Allah. kite pun tolong doakan untuk awak". Nur cuba senyum. Nur buka my-Quran dekat phone. Nur cari ayat seribu dinar dalam surah at-Talaq. Nur baca diam-diam. Nur tahu Allah dengar semuanya. Nur tahu, Allah tahu isi hati Nur. ibu Nur asyik call. ibu risau. tapi Nur tak boleh angkat phone. sebab Nur tengah nangis. Nur tahu, kalau dia cakap dengan ibu, air mata lagi laju. Nur hantar mesej je kat ibu. cakap. "Yaya tengah tanya abang tu. ada seat lebih tak. kalau takde. Nur balik rumah senior."
Nur asyik ulang ayat seribu dinar. Nur doa dalam hati. Nur nak balik. Allah. tiba-tiba. Yaya datang. cakap "jom Nur, abang tu cakap, insyaAllah ada seat lebih." waktu tu dah lebih kurang 10.15 malam. Nur dan Yaya pegi dekat bas tu. Driver bas tengah cakap dengan abang tu. dia cakap. adik duk seat 6C & 11C. tapi nanti kalau dekat Kuala Kangsar ada orang naik and nak duduk tempat adik, adik kena duduk seat tepi driver la. Nur tengok Yaya. Yaya cakap. "takpe. ok".
Nur naik bas. Nur text ibu. "ibu, Nur dah naik bas". Nur lega. alhamdulillah. ada jugak bas nak balik. sampai Kuala Kangsar, ada orang naik. tapi Nur pelik. sorang je naik. and seat Nur dan Yaya still takde orang nak duduk pun. Nur kembali senyum. Nur tahu semua ni rencana Allah. perancangan Dia tak pernah silap. Nur rasa manis sangat sebab Nur tahu Allah sentiasa ada untuk bantu Nur. Nur nak cakap ni. "Yaya. jazakillahu khairan katheera sebab tolong Nur." and Nur rasa bersyukur sangat. "Allah. terima kasih sebab bantu hamba-hamba-Mu ini. Kau tak pernah letih dengar rintihan kami yang kerdil ni"

"barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagi-Nya. dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [at-Talaq : 2-3]
Yakin pada Allah bukannya mengharap terkabulnya segala harapan. tapi yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya. rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. indahnya tarbiyyah Allah, tersiram rahmat dan hikmah. diuji kita sebagai tanda sayang dari-Nya.
semakin hari, Nur semakin kenal erti sabar dan tabah. dan satu yang sentiasa tersemat di hati Nur. Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. :)
Labels:
life,
mardhatillah,
sahabat
Tuesday, July 17, 2012
oh. ini curahat.
mungkin saya bukan yang terbaik.
kerana saya bukan sempurna.
mungkin saya bukan yang terbaik.
kerana saya tak selalu ada untuk awak.
mungkin saya bukan yang terbaik.
kerana saya tiada waktu awak sedih.
mungkin saya bukan yang terbaik.
kerana saya tak dapat nak faham awak sepenuhya.
mungkin saya bukan yang terbaik.
tapi saya tahu Allah selalu jaga awak.
insya-Allah. doa saya sentiasa iringi awak.
moga awak. awak yang saya maksudkan ni. terus kuat untuk hadapi segala mehnah dan tribulasi dunia ni.
jikalau saya mejadi penyebab air mata awak jatuh.
asif. sesungguhnya awak merupakan anugerah terindah dari Allah buat saya.
mungkin saya merupakan tarbiyyah buat awak kan. :)
oh. air mata hampir menitis bila dia usap kepala saya hari tu.
sungguh. rindu. tak bohong. dan sekarang. air mata menitis dengan laju.
hanya Allah yang faham apa yang hati saya katakan sebenarnya.
awak. uhibbukifillah. insya-Allah. till jannah.
moga kita berjiran di syurga nanti. :)
Saturday, July 14, 2012
tarbiah. akhawat.
sebenarnya banyak yang ingin saya coretkan. tapi entah kenapa. semuanya hanya berlegar-legar di minda. tiada kata yang dapat diluahkan mungkin. entahlah. tapi yang pasti. Dia mengetahui segalanya.
bila rasa diri semakin dekat dengan tarbiah. bibir pasti mengucapkan syukur. bila rasa diri semakin rapat dengan akhawat seperjuangan. bibir pasti melukis senyuman. indah. sungguh. mereka kekuatan saya. itu yang saya pelajari dari seorang akhawat di sini. bila hidup memang betul untuk Dia. kita akan dapat rasakan setiap ujian Allah itu merupakan satu tarbiah dari Dia. dan bila kita jatuh. pergilah cari mana-mana akhawat yang dekat dengan kita. inshaAllah, Dia bantu kita dengan menghadirkan mereka. mereka. sumber kekuatan saya di sini. mereka. sumber kekuatan untuk saya terus thabat atas jalan ni.
saya melihat mereka. saya melihat diri saya. semuanya sedang berusaha. semuanya sedang bermujahadah. siapa kata senang. susah tahu. tapi kan Allah lihat usaha. bukan Allah lihat natijah. biar merangkak. janji istiqamah. biar sedikit. janji berterusan. seronok bila melihat seorang demi seorang mula melangkah ke dunia ini. betul la, hidayah tu milik Allah.
semua tengah bermujahadah untuk mendaki tangga-tangga tarbiah itu. biar permulaanya sedikit lambat. janji semangat untuk terus mendaki tidak pernah pudar. malah makin berkobar-kobar dalam hati. untuk terus meletakkan cinta-Nya sebagai tempat teratas dalam hati ni.
Allah, sungguh, banyak yang perlu aku lakukan.
untuk terus thabat atas jalan ini.
pinjamkan sedikit kekuatan ya Allah. agar aku bisa bangun jika aku jatuh.
agar aku bisa tersenyum walau hatiku menangis.
redha-Mu matlamat aku. kerana syurga itu impian aku.
bantu aku dan sahabat yang lain ya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)